Pelawak dan pelakon, Azlee Senario dikejarkan ke hospital Sungai Buluh sebentar tadi.

Dalam perjalanan ke IJN

Berita itu dimaklumkan oleh pelawak, Ropie menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya pada Khamis.

“Marilah bersama kita mendoakan semoga teman kita artis Azlee senario @azleesenario diberikan sepenuh kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannye. Amin,” tulisnya.

Dalam perkembangan terbaharu, Ropie memaklumkan Azlee kini dalam perjalanan ke Institut Jantung Malaysia (IJN).

“Sekarang berada di Hospital Sungai Buluh, perjalanan ke IJN. Mohon sama-sama kita doakan semoga dipermudahkan urusan beliau,” maklumnya.

A post shared by PAKODI & S'RYN (@ropie_sryn_official)


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesembuhan Azlee.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.