Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Aznil Nawawi Dedah Pernah Diejek Rakan Industri - “Aku Kesian Kau Setiap Tahun Jadi Tukang Tepuk Dekat Bawah”

Izwan Isa
08/01/2024 13:55 MYT
Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi mengakui pernah diejek oleh rakan seindustri sebagai ‘tukang tepuk’ semata-mata kerana pada waktu itu, dia masih belum pernah memenangi sebarang anugerah walaupun telah lama berkecimpung dalam dunia hiburan.

BERITA TRENDING: Membanggakan! Aznil Nawawi Dilantik Profesor Adjung di Fakulti Perniagaan & Ekonomi UM

Memetik perkongsian Aznil di Studio Sembang bersama pelakon dan hos Amelia Henderson, bekas pengacara Akademi Fantasia itu mendedahkan yang dia kerap menerima ejekan menerusi SMS, selain pemenang anugerah sendiri datang kepadanya dan menghamburkan pertanyaan yang dianggap kurang enak untuk didengar.

“Saya pernah diketawakan di majlis anugerah sebab kalah. Saya dicalonkan… saya dicalonkan bukan sebab kita minta, tapi sebab penganjur yang letak nama kita. Setiap kali saya kalah, saya diejek. Saya dapat SMS yang berbunyi: ‘Jangan beranganlah kau nak dapat’, ‘Padan muka kau’, ‘Tak malu ke kalah tahun demi tahun, tercalon je tak pernah menang’.



“Paling teruk, pemenang itu sendiri datang di depan muka saya dan kata: ‘Aku kesian kau setiap tahun jadi tukang tepuk dekat bawah’. Saya sedang duduk dan dia boleh datang kepada saya dan kasihan kerana saya jadi tukang tepuk,” katanya.

Menurut Aznil, hal itu merupakan cara untuk melemahkan semangat, cara terpantas untuk menggagalkan dan melumpuhkan orang itu daripada mempunyai cita-cita.

BERITA TRENDING: Pak Nil Kongsi Tips Jadi ‘Influencer’ Yang Bijak & Berilmu - “Kebijaksanaan Awak Itu Akan Menyebabkan…”

“Dan terima kasih kepada orang orang itu. Sejak daripada kejadian tersebut, saya buktikan kerja saya. Saya menang untuk pengacara popular pertama kali pada 2003 dan saya terus menang dan menang sebanyak 10 kali,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: “Saya Lihat Usaha Yang Tak Bernoktah Membangunkan Ummah” - Pak Nil

Untuk rekod, sejak 2003, pelbagai anugerah diraih oleh Aznil termasuk Pengacara Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2004 dan 2005 dan terbaharu, anugerah istimewa yang diberikan pada 2022 menerusi Anugerah MeleTOP.

Sumber: Studio Sembang

#Aznil Nawawi