Hiburan

Aznil Nawawi Ingin Bantu Kanak-Kanak Terpinggir

Rozaimi Zubaidi
27/01/2017
07:02 MYT
Pengacara dan personaliti popular Datuk Aznil Nawawi meluahkan rasa syukur dilantik sebagai Ikon Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) oleh Kementerian Pendidikan.
Aznil berkata, ini merupakan satu penghargaan kepada dirinya sebagai seorang selebriti tanah air supaya dapat memberi bantuan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
"Dengan pelantikan sebagai ikon ini, ia telah memberi lebih peluang kepada saya untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini serta mendapat pendidikan secukupnya seperti kanak-kanak biasa.
"Pelantikan sebagai ikon ini memudahkan saya untuk mencari dana dan mendapatkan sumbangan daripada orang ramai diluar sana dalam membantu anak-anak ini.
"Saya juga bersyukur kerana apa yang diusahakan selama ini sedikit sebanyak telah membuka mata ramai pihak mengenai anak-anak di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.
"Masyarakat juga tidak sepatutnya pandang serong dengan mereka kerana anak-anak ini tidak melakukan sebarang kesilapan sebaliknya mereka harus diberikan pendidikan secukupnya," katanya ketika dihubungi.
Aznil berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai pelantikannya sebagai ikon SBJK.
Menurut Aznil, dia yang banyak terlibat secara langsung dalam aktiviti sosial, pendidikan dan khidmat masyarakat serta mempunyai pengetahuan meluas tentang bidang pendidikan dan kebajikan bagi kanak-kanak terpinggir, juga membawa tuah kepada SBJK apabila berjaya membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat sekolah itu pada Jun tahun lepas.
"Selain membuka mata banyak pihak mengenai kewujudan SBJK, kedatangan Najib ke sekolah itu juga menyaksikan perdana menteri mengumumkan peruntukan RM30 juta bagi pembinaan sekolah dan asrama menggantikan bangunan itu," jelasnya.
Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Aznil Nawawi Dedah Pernah Diejek Rakan Industri - “Aku Kesian Kau Setiap Tahun Jadi Tukang Tepuk Dekat Bawah”

gempak
08/01/2024
13:55 MYT
Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi mengakui pernah diejek oleh rakan seindustri sebagai ‘tukang tepuk’ semata-mata kerana pada waktu itu, dia masih belum pernah memenangi sebarang anugerah walaupun telah lama berkecimpung dalam dunia hiburan
Laman Utama

Membanggakan! Aznil Nawawi Dilantik Profesor Adjung di Fakulti Perniagaan & Ekonomi UM

gempak
27/10/2023
14:50 MYT
Tahniah Pak Nil!
Hiburan

"Suri Bisnes Tak Perlu Runsing Suami Buat Hal, Pisah Kasih Angkara Penyondol Sebab ..." - Pak Nil

gempak
13/09/2023
04:08 MYT
Suri rumah sekarang boleh jana pendapatan sampai RM100,000 sebulan.
Laman Utama

Pak Nil Kongsi Tips Jadi ‘Influencer’ Yang Bijak & Berilmu - “Kebijaksanaan Awak Itu Akan Menyebabkan…”

gempak
19/07/2023
04:50 MYT
Bagus nasihat Pak Nil ni.
Hiburan

Kongsi Rezeki! Pak Nil Edar 600 Bingkisan Raya Untuk Wira Jalanan - "Mereka Terdedah Kepada Risiko Penyakit & Kemalangan..."

gempak
16/04/2023
11:27 MYT
Murninya..