,
Laman Utama

“Bab Ni Salute Kat Kaum Hawa, Efisien” - Siap Ada Tema Baju! Norman Kongsi Ragam Memey, Abby Plan Cuti

Mya Amri
12/10/2021
04:45 MYT
Sama seperti orang lain, pelakon Norman Hakim tidak ketinggalan untuk bercuti bersama keluarga selepas kebenaran untuk merentas negeri dibenarkan oleh kerajaan.
Namun apa yang menarik perhatian pengikut Instagramnya adalah perkongsian Norman tentang perancangan percutian yang dibuat oleh isterinya, Memey Suhaiza bersama bekas isteri, Abby Abadi.
Menerusi hantaran terbaharu di Instagramnya, Norman telah memuat naik tangkap layar perbualan Memey dan Abby di aplikasi WhatsApp.
Masing-masing menunjukkan rasa tidak sabar selain merancang untuk mempunyai tema warna baju tertentu sepanjang percutian mereka.
“Hmmm dekat dua tahun tak nampak memo macam ni (ni pun ternampak dalam phone wife) tiba-tiba rasa cramp pulak otak sebab lama naw tak warming up bab ni.
“Tak sampai 24 jam pengumuman laju je dorang plan. Nampak macam sampai ke hujung tahun je. Tak larat nak baca habis. Bab ni memang salute la kat kaum hawa memang efisyen huhu.
“So anak-anak please take note warna-warna pelangi yang kena standby okay supaya tak terkejut bila memo rasmi ni keluar nanti. Tak lama lagi ni,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-ratanya mengusik Norman kerana berdepan dengan situasi lucu seperti itu.
“Kalau proposal macam ni kena tunggu dorang present dulu baru betul-betul dengar. Kalau gaya macam ni akan ada 1st draft dan 2nd draft ni,” komen @nedzainal
“Haha baru perancangan ni, ada penambahbaik lagi tu baik tunggu final,” usik @nurrul.zaihasra.
Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 8, Muhammad Dikhriz Hakim, 6 dan Mikayla Delisha Hakim, 3.
Terdahulu, Norman pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Abby Abadi pada 2002 namun bercerai pada 2009. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 18, Marissa Dania Hakim, 16, dan Danisha Hakim, 13.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Jadi Target Netizen, Marissa Dania Komen - “Tak Ada Niat Pun Nak Tarik Perhatian…”

gempak
30/09/2024
04:56 MYT
Anak kepada pelakon Abby Abadi, Marrisa Dania Hakim, 19, akui tidak boleh menghalang netizen untuk terus memberikan komen terhadap setiap posting yang dilakukannya di media sosial.
Hiburan

“Mereka Sangat Cantik Berdua, Rasa Seperti Tak Patut Cerai” - Abby Abadi Bukan Penyibuk Hal Fazura Fattah, Hanya Sekadar Luahan Perasaan

gempak
30/09/2024
03:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi menafikan dakwaan sengaja menarik perhatian atau ‘menunggang’ isu rumah tangga pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

“Saya Tak Ketepikan Mama…” - Marissa Dania Jawab Isu Hubungan Dengan Abby Abadi

gempak
28/09/2024
07:55 MYT
Anak kepada pelakon Abby Abadi, Marrisa Dania Hakim, 19, menegaskan dia tidak pernah mengenepikan ibunya susulan dakwaan merahsiakan berita kematian bayi sulungnya pada Ogos lalu.
Hiburan

Kemelut Rumah Tangga Fattah-Fazura Buat Hati Abby Abadi Sebak, Harap Terus Pertahankan - "Kalau Rasa Kita Paling Tersakiti, Ada Yang..."

gempak
26/09/2024
05:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi mengakui dirinya berasa sebak melihat keretakan hubungan pasangan selebriti Fattah Amin dan juga isteri, Fazura.
Viral

Kongsi Kata Sindiran, Marissa Dania Tak Nak Sekat 'Haters' - "Biarkan Satu Atau Dua, Jadi Mereka Boleh..."

gempak
26/09/2024
04:31 MYT
Perkongsian di Instagram Story milik anak perempuan kepada Abby Abadi, Marissa Dania meraih perhatian apabila dia memuat naik kata-kata sindiran kepada pihak yang membencinya atau ‘haters’.
BorakSeeni