Hiburan

“Babak Kata Adik Terenjat Akal Itu Paling Beri Kesan, Tak Semua Faham…” – Reen Rahim

gempak
Mya Amri
09/06/2020
11:00 MYT
Sponsor Banner
“Babak Kata Adik Terenjat Akal Itu Paling Beri Kesan, Tak Semua Faham…” – Reen Rahim
Pelakon Reen Rahim akui terdapat babak yang meninggalkan kesan mendalam pada dirinya sewaktu penggambaran filem Syif Malam Raya.
Menurut Reen, dia berharap penonton dapat memahami mesej bermakna yang ingin disampaikan oleh watak Mira yang mempunyai seorang adik kelainan upaya.
“Babak kata adik terenjat akal itu paling beri kesan. Bila saya tahu kena lakonkan babak itu saya rasa gementar dan takut.
“Takut gagal kerana bagi saya itu adalah tanggungjawab besar yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan mesej kepada penonton.
“Secara peribadi saya sendiri suka babak tersebut, rasanya tak semua orang faham dengan anak-anak istimewa ini. Jadi saya sendiri rasa itu tanggungjawab saya untuk sampaikan mesej pada semua.
“Alhamdulillah, selepas filem ditayangkan saya tengok banyak yang beri respon positif. Bila ramai yang respond dan kongsi bermakna mesej yang ingin disampaikan itu berjaya.
“Saya harap mereka yang menonton Syif Malam Raya ini ambil kira jugalah babak-babak yang serius dan mempunyai mesej, janganlah hanya sekadar tengok sahaja,” katanya ketika ditemubual Gempak. Selain Reen, Syif Malam Raya juga menampilkan bintang YouTube, Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey, Atu Zero, Sharif Zero, Syaiful Zero, Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, aktres Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia serta Shiela Mambo.
Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 sudah pun ditayangkan sejak 21 Mei 2020
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Sinopsis:
Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.
Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka.
Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live