“Baby Belum Ready Untuk Instagram”- Cristina Suzanne Selamat Bersalin

Syafiqah Jalal
Mac 5, 2019 02:55 MYT
Pelakon Cristina Suzanne difahamkan telah selamat melahirkan bayi lelaki.
Cristina menerusi akaun Instagram (IG) miliknya secara tidak langsung telah memberitahu dia sudah melahirkan seorang bayi lelaki.
Namun pelakon KIL itu meminta maaf kepada semua kerana belum bersedia untuk mendedahkan wajah bayinya di IG.
“Hello people! it's been a while. How are you doing? I'm doing fine. Thank you.
“Ibu worry-free when my little boy sleep and feeds well. He loves milk, sleep, pee, poo and fart melodically. He has the cutest little innocent squeaky cry.
"He smiles when his daddy talks to him... But unfortunately he's not ready for Instagram. Sorry people,” tulisnya.
Menerusi kemas kininya yang terbaharu, Cristina telah memuat naik foto kaki seorang bayi kecil yang difahamkan anaknya.
Rata-rata telah mengucapkan tahniah kepadanya dan Cristina turut membalas dengan ucapan terima kasih.
Cristina atau nama sebenarnya Cristina Suzanne Stockstill, 33, telah berkahwin dengan M Faiz Zakaria yang berasal dari Johor pada 30 Mac 2018.
#pelakon #Anak #Bersalin #Cristina Suzanne #Baby #Pelakon