Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

“A Baby Boy For Us” - Dynas Mokhtar Selamat Bersalin

Rozaimi Zubaidi 19/05/2019 | 05:45 MYT
Pelakon Dynas Mokhtar selamat melahirkan cahaya mata ketiga semalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), Dynas berkongsi khabar gembira tersebut buat peminatnya.
“Ketentuan Ilahi, Alhamdulillah. MasyAllah. A baby boy for us. We are well. #170519, tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan, komen rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah selain selamat berpantang kepada Dynas.
Ada juga turut mendoakan kesihatan Dynas dan bayi yang baru dilahirkan itu.
Dynas berkahwin dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din pada April tahun lalu selepas empat tahun menjadi ibu tunggal.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6.
#pelakon #Dynas Mokhtar #Pelakon