Pelakon popular, Mira Filzah menerima perhatian apabila memuat naik foto seakan memperlihatakan baby bump di bahagian perutnya.

Perkongsian foto itu dibuat menerusi akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Dalam foto tersebut, Mira kelihatan tersenyum manis dalam persalinan biru.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Mira meninggalkan respon positif dan memuji kecantikan pelakon kesayangan mereka itu.

Apa yang menarik perhatian adalah komen daripada seorang pengguna Instagram bernama @ayu_mahmud_ yang mengusik Mira mengatakan pelakon itu seakan memiliki baby bump.

"Baby girl bump! It's a girl!" tulisnya.

Tidak berdiam diri, pelakon drama bersiri The Maid itu membalas komen berkenaan.

"Aaaahh buncit lah," balas Mira ringkas dan tidak mengiakan anggapan tersebut.

Susulan itu, terdapat juga pengikut Mira yang lain berseloroh mengatakan dia mungkin hamil.

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)




Terdahulu, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar pada 3 September 2020.

Dalam pada itu, The Maid lakonan Mira bersama Norman Hakim, Datin Paduka Eina Azman, Sherry Alhadad dan ramai lagi bersiaran setiap Rabu, pukul 9.00 malam di Astro Ria (123) dan Ria HD (104).

Anda juga boleh menyaksikan ulangan menerusi On Demand atau tonton bila-bila masa menerusi aplikasi Astro Go!