Gara-gara hashtag #babymooninbaliagain, netizen mula membuat andaian bahawa pelakon itu kini hamil lagi.

Menerusi kemas kini terbaharu Mia di Instagram, dia bersama suami dan anak lelakinya kini sedang bercuti di Bali, Indonesia.

Bali, AGAIN and AGAIN. ? #IzhaMiaIssa #babymooninbaliagain

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on


Bagaimanapun, ketika ditanya oleh peminat sama ada dia kini sedang berbadan dua, Mia tetap mendiamkan diri.

"Baby moon? Tahniah Issa dapat adik," tulis @fatinahzaine93 berseloroh.

"Nak dapat yang lain ke?" soal @wan.azizi1.




Sekitar Julai 2018, Mia dan Izham pernah berkongsi momen-momen romantis sepanjang bercuti di lokasi sama.

Malah, ketika itu Mia sedang berbadan dua.

BACA: “Tolong Jadi Bapa Yang Baik”- Mia Ahmad Baby Moon Bersama Suami Di Bali

Mia dan Izham mendirikan rumah tanggap ada 13 Januari 2017 dan pelakon itu pernah mengalami keguguran pada Disember tahun sama.

Pasangan itu menerima cahaya mata pertama, Sayf Issa pada 28 September 2018.