HIBURAN
Hati Sudah Dimiliki, Hael Husaini Tak Menolak ‘Bina Masjid’ Dalam Masa Terdekat - “Saya Bukan Lagi Berumur 18 Tahun…”
Penyanyi dan komposer, Hael Husaini mengesahkan hatinya kini sudah dimiliki malah dia juga tidak menolak untuk mengakhiri zaman bujang dalam masa terdekat.
Hael atau nama lengkapnya, Hal Husani Razmi bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan akan berkongsi selepas perkara itu menjadi kenyataan.
“Kalau jodoh sampai dalam masa terdekat saya terima sahaja. Pasal jodoh kita serahkan pada yang lebih berkuasa, bagi saya bila sampai masanya saya terima dengan hati terbuka untuk memberitahu anda semua.
“Saya tidak ada masalah untuk berkongsi tapi bagi saya benda yang tak pasti kurang enak untuk saya kongsikan,” katanya.
Tambah pelantun lagu Jampi itu, dia tidak menolak sekiranya jodoh datang dalam kalangan rakan industri.
“Kalau ada jodoh, InsyaAllah sebab saya bukan lagi berumur 18 tahun dan sesiapa yang datang saya terima sahaja,” tambahnya.
Katanya lagi, dia menyerah soal jodoh kepada Ilahi dan meminta doa daripada semua.
"Saya memang tidak available selamanya. Apa pun doakan yang terbaik sekiranya saya akan melayari bahtera rumah tangga, saya serahkan fasal jodoh kepada Allah,” tuturnya lagi.
Terdahulu, Hael pernah digosipkan menjalin hubungan cinta dengan gandingan duetnya.
Must-Watch Video