Siapa sangka suami kepada pelakon Mira Filzah iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar turut menghasilkan sebuah aplikasi bacaan Al-Quran.

Dilancarkan ketika awal Ramadan, aplikasi tersebut menampilkan beberapa ciri menarik.

Penulis sempat memuat turun aplikasi Tarteel dan antara fungsi baru diperkenalkan adalah pengunaan kecerdasan buatan atau AI.

Difahamkan, fungsi AI ini ia bakal membantu pengguna memperbaiki bacaan dan ingatan dalam membaca surah-surah dalam Al-Quran.

Walaupun tidak membaca dengan suara yang kuat, AI Tarteel mampu untuk menjejak pembacaan anda dari satu muka surat ke muka surat yang lain.

Malah, AI mampu mengesan bacaan anda secara real time! Hebat bukan?

Selain itu, pengguna juga boleh mencari mana-mana surah dengan membaca sedikit potongan ayat. Fungsi AI dalam Tarteel ini akan membantu membuat pencarian berkenaan.

Secara umumnya, aplikasi ini agak senang digunakan, pengguna hanya perlu menekan pilihan suara untuk memulakan bacaan.

Pada masa sama, sekiranya berjaya menyempurnakan bacaan, pengguna turut diberi ganjaran seperti lencana untuk kekal semangat.

Apliksi ini boleh dimuat turun menerusi App Store untuk iOS dan PlayStore untuk Android.

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)