HIBURAN
Shuib Bangga Dengan Thalita, Anggap Suara Anak Sama Macam Arwah Siti Sarah - “Kalau Ibu Ada Hari Ini, Dialah Manusia Paling…”
Pelawak Shuib meluahkan rasa bangga dengan anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra yang berjaya membuat persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends yang berlangsung di Singapura, pada Sabtu.
Puji suara
Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhammad, gembira menyaksikan Thalita begitu yakin menyampaikan dua buah lagu yang juga milik arwah isterinya, Siti Sarah berjudul Kesetiaan dan Makin Benci Makin Cinta (duet dengan Shuib).
“Malam ini (10 Mei) anak perempuan kesayangan daddy yang umurnya baru 12 tahun betul-betul buat daddy bangga.
“Awak buat hati daddy berbunga-bunga di belakang pentas, Thalita. Suara awak sangat indah dan nampak berkeyakinan,” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Momen Shuib Pakaikan Thalita Kasut Sebelum Konsert Curi Perhatian, Bangga Tengok Puteri Tercinta Atas Pentas Besar - “Saya Tak Pernah Membayangkan…”
ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Wariskan Mikrofon Kesayangan Arwah Siti Sarah Untuk Thalita - “Pagi-Pagi Saya Dah Keluar Rumah Pergi…”
Pelawak dan usahawan berusia 40 tahun itu berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok beserta potongan video Thalita menyanyi.
Ibu bangga
Dalam pada itu, Shuib berkata, arwah isterinya pasti turut berasa bangga dengan anak mereka jika masih hidup.
“Kalau ibu ada hari ini, dialah manusia paling bahagia atas muka bumi ini tengok awak buat persembahan di atas pentas sebesar ini. Awak dengan cara awak dan suara yang dah macam suara ibu,” ujarnya.
Sokong minat anak
Kongsi Shuib lagi, dia akan sentiasa menyokong minat anaknya dalam bidang nyanyian sehingga hujung nyawa.
“Daddy akan sentiasa ada dengan Thlita, sentiasa jadi tulang belakang awak sampai daddy sudah tiada (meninggal dunia), Insya-Allah.
“Yang daddy mahu, awak buatlah yang terbaik dalam apa saja yang awak buat okay. I love you so much Thalita,” katanya lagi.
Selain Thalita, antara penyanyi lain yang menjayakan konsert tersebut adalah Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Asmidar, Hazama dan Hafiz Suip.
Must-Watch Video