“Back In KL” - Caprice Selamat Tiba Di Malaysia, Netizen Terus Minta Penjelasan Tujuan Sebenar Ke Mesir & Kontroversi ‘Fake Jihad’ Muzik Video!
08/09/2021 01:45 MYT
Perkara itu dikongsi Caprice apabila memuat naik video ketibaannya menerusi satu posting di Instagram.
Menerusi video berkenaan, Caprice dikawal ketat oleh pihak polis untuk tujuan keselamatan termasuklah menjalankan proses sanitasi.
“Back in KL! Terima kasih kepada PDRM kerana memastikan semuanya selamat dari gate kapal terbang all the way sampai hotel quarantine.
“Pertama kali naik van polis. Terima kasih kepada pihak yang bantu Caprice tadi.
“Alhamdulillah, it feels good to be back home,” katanya.
Posting berkenaan kemudian ‘dibanjiri’ dengan ucapan tahniah netizen kerana berjaya pulang ke Malaysia selepas sekian lama.
Ada yang berseloroh meminta ‘souvenir’, namun tidak kurang juga yang mahukan penjelasan Caprice mengenai Jihad sebenar khususnya selepas kontroversi membabitkan muzik video terbarunya itu.
“Caprice kami nak ole-oleh boleh”.
“Caprice I suggest you explain in detail everything you did in Jordan and Egypt from A to Z. Terlalu banyak yang masih kabur dan orang pertikai tujuan Cap ke sana hanya untuk ‘fake jihad’ buat MV. Kami pun nak tahu jugak”.
“Caprice kena terangkan isu MV kamu terbaru tu ya,” tulis beberapa netizen.
Terdahulu, sepotong video yang dimuat naik Caprice dalam akaun Instagram rasminya, @capriceofficial mengundang rasa kurang senang netizen apabila ramai yang menyifatkan pemergiannya ke Jordan bukan untuk melakukan jihad, sebaliknya membuat muzik video di bumi tersebut.
Menerusi video tersebut, pemilik nama sebenar Aril Ramli ini dilihat menaiki kenderaan jenis pacuan empat roda bersama beberapa orang Arab yang menemaninya dalam beberapa babak sambil memegang senjata.
Pada video tersebut, rapper sensasi itu menuliskan Tiger of AlQuds dan tarikh 10.10.21 tanpa memberi penjelasan lanjut.