Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Badan Kelihatan Kurus, Along Eyzendy Kurang Dapat Tawaran & Pernah Dituduh Ambil Barang Terlarang - “Mula-Mula Terasa Hati Tapi…”

Asyikin Mayudin
26/08/2024 04:55 MYT
Penampilan pelakon Along Eyzendy yang kini kelihatan kurus disebabkan perlu menjaga berat badan selepas jalani pembedahan buah pinggang memberi kesan kepada kerjaya seninya.

Tawaran berkurangan

Menurut Along, dia menyedari tawaran berlakon sudah berkurangan namun memahami situasi itu dan memilih untuk membuka sebuah syarikat bersama sahabatnya selain berniaga dengan isteri.

“Sebelum ini boleh katakan back to back dengan drama dan filem. Tapi sebabkan sakit macam ini, tawaran jadi berkurang. Mungkin juga keadaan diri saya pun dah lain.

“Mungkin mereka rasa kebatasan saya ada, memang ada rasa sikit (sedih) tapi kehidupan perlu diteruskan. Saya pun masih berlakon, tapi dalam masa sama, saya ada buat benda lain juga.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima Buah Pinggang Isteri, Along Eyzendy Perlu Makan Ubat Seumur Hidup - “Bila Dah ‘Fragile’ Macam Ini…”

“Saya bersama sahabat ada buka syarikat untuk teruskan bikin filem dan sambil itu juga saya dengan isteri berniaga. Alhamdulillah, so far tak ada masalah,” katanya kepada Gempak.

Murung tak berlakon

Berkongsi lebih lanjut, Along bagaimanapun berkata dia sememangnya sudah tidak lagi bergantung kepada lakonan biarpun kehidupannya menjadi murung jika tidak terlibat dalam dunia seni.

“Ikutkan saya memang tak bergantung pada bidang seni, tapi saya punya minat terlampau sampai kadang-kadang bila saya tak berlakon atau tak terlibat dalam bidang seni itu, saya rasa macam orang selalu cakap ‘anxiety’.

“Kemurungan… sebab benda itu dah sebati dengan saya sejak muda lagi. Bila ada TikTok ini la, saya layan viewers, dengan menyanyi,” ujarnya.

Dituduh ambil dadah

Dalam pada itu, Along turut mengakui dia banyak menerima komen ketika melakukan siaran langsung di TikTok menuduhnya mengambil barangan terlarang

“Kalau saya buat live, ada la yang bertanya saya okay ke, kenapa kurus. Saya banyak kali ulang-ulang cakap saya macam ini sebab apa. Tapi lama-lama saya dah terbiasa.

“Ada yang suruh saya berhenti ambil barang (dadah) la. Mula-mula itu memang saya agak terasa hati tapi lama-lama jadi biasa. Berdepan dengan netizen Malaysia ini, tak apa la saya okay saja.

“Dulu penat nak perjelaskan benda sama saja tiap kali orang tanya tapi sekarang saya layankan saja,” katanya.

Pada 2019 ketika meraikan ulang tahun kelahiran ke-40, dia menjalani pemeriksaan kesihatan dan doktor memaklumkan buah pinggangnya rosak dan hanya 19 peratus berfungsi.

#Buah Pinggang #Tawaran Berlakon #Along Eyzendy #Barang Terlarang #Penampilan Along
;