,
Hiburan

Terima Buah Pinggang Isteri, Along Eyzendy Perlu Makan Ubat Seumur Hidup - “Bila Dah ‘Fragile’ Macam Ini…”

Asyikin Mayudin
22/08/2024
23:55 MYT
Selepas menjalani pembedahan buah pinggang pada April 2021, pelakon Along Eyzendy meluahkan rasa syukur apabila dirinya kini dalam keadaan baik.

Mudah dijangkiti

Menerima buah pinggang daripada isterinya, Along atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz berkata dia juga sangat mudah untuk dijangkiti penyakit terutama demam dan selsema.

“Alhamdulillah, pagi tadi saya ada pergi hospital untuk jumpa doktor sebab minggu lalu ada ambil darah. Jadi pagi tadi, tahu keputusan bacaan buah pinggang, gula dan kolestrol okay.

“Cuma, saya dinasihatkan oleh doktor tidak boleh naik berat badan, tak boleh stres atau down, sebab benda itu semua akan menganggu bacaan buah pinggang saya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak Semua Orang Mampu Lakukannya" - Along Eyzendy Kagumi Semangat Isteri Derma Buah Pinggang Untuknya

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Pukul Anak 100 Kali Sebab Gagal Buat ‘Handstand’

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Penjelasan Pakar Mengenai Masalah Buah Pinggang Kering Yang Dihidapi Oleh Anak Kedua Eyra Hazali
“Sebab buah pinggang saya daripada isteri… buah pinggang lelaki dan perempuan ini lain, buah pinggan perempuan kecil sikit daripada lelaki. Kalau saya demam ke, batuk ke akan ambil masa yang lama untuk sihat.
“Doktor nasihat saya kena berhati-hati, sebab saya mudah sangat dijangkiti penyakit,” kata Along ketika ditemui Gempak di sidang media teater Dang Anum di Park In By Radisson Putrajaya pada Khamis.
Berkongsi lebih lanjut, Along turut memaklumkan sehingga kini dia masih perlu mendapatkan rawatan susulan selain bergantung pada ubat-ubatan seumur hidup.
“Memang saya wajib ada rawatan susulan, malah ubat juga saya makan untuk seumur hidup. Saya kena makan ubat itu supaya buah pinggang yang saya terima itu tidak mengalami ‘rejection’.
“Sebagai contoh, ada barang lain dalam badan kita, antibody kita akan kesan benda itu asing dan serang sampai berlakunya kegagalan. Jadi, saya kena makan ubat itu supaya antibody saya tidak serang benda itu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Along perlu terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan sekiranya dia mengalami demam yang agak serius.
“Kena hujan sikit pun saya dah risau, jadi takut. Orang biasa kalau demam atau selsema, mungkin hanya sehari dua dan lepas itu baik. Tapi macam saya, bila dah ‘fragile’ macam ini, bila kena selsema akan jadi seminggu.
“Lepas itu akan batuk, demam dan sakit urat… jadi berpanjangan. Malah, kalau saya demam yang agak serius, saya kena terus pergi hospital dan kena tahan wad untuk kembali sembuh,” katanya lagi.
Pada 2019 ketika meraikan ulang tahun kelahiran ke-40, dia menjalani pemeriksaan kesihatan dan doktor memaklumkan buah pinggangnya rosak dan hanya 19 peratus berfungsi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Badan Kelihatan Kurus, Along Eyzendy Kurang Dapat Tawaran & Pernah Dituduh Ambil Barang Terlarang - “Mula-Mula Terasa Hati Tapi…”

gempak
26/08/2024
04:55 MYT
Penampilan pelakon Along Eyzendy yang kini kelihatan kurus disebabkan perlu menjaga berat badan selepas jalani pembedahan buah pinggang memberi kesan kepada kerjaya seninya.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Adik Tersayang Meninggal Dunia, Bulan Asyraff Reda – “Minggu Kedua Baru Dapat Tahu Buah Pinggang Dia Tinggal 2 Peratus Saja”

gempak
19/08/2024
23:55 MYT
Peserta Gimme The Mic Malaysia, Bulan Asyraff bersyukur dapat memberikan persembahan terbaik pada konsert minggu keempat biarpun masih berduka dengan pemergian adik tersayang Khamis lalu.
Berita

Akibat Kecuaian, Wanita Kritikal Doktor Tersilap Bedah Buang Pinggang

gempak
30/05/2024
03:55 MYT
Seorang wanita berada di dalam keadaan kritikal apabila doktor di sebuah hospital swasta dilaporkan tersilap melakukan prosedur batu karang pada buah pinggangnya.
Hiburan

Awie Hidap Kanser, Buah Pinggang Hampir Dibuang - "Saya Rasa 'Waktu' Saya Dah Nak Habis"

gempak
27/02/2024
08:20 MYT
Datuk Awie mendedahkan pernah diserang kanser buah pinggang tahap awal sekitar tiga tahun lalu.
Laman Utama

Jual 300 Buah Pinggang Pada Orang Kaya, Setiap Satu Berharga Setengah Juta

gempak
04/10/2023
05:50 MYT
Seramai lapan orang termasuk ketua sindiket menjual organ buah pinggang ditangkap pihak berkuasa