,
Laman Utama

Badan Lemau Lepas Cucuk Vaksin, Fizo Omar Pesan Jangan Paranoid Tak Tentu Pasal - "Vaksin Bukan Dibuat Mak Cik Kiah Atau Pengasas Timbang Kilo"

Amri Hassan
12/05/2021
09:45 MYT
Pelakon Fizo Omar mengingatkan orang ramai agar tidak keterlaluan paranoid terhadap suntikan vaksin COVID-19 hingga mencetuskan panik melampau.
Jelas Fizo, sebagai individu yang sudah mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca beberapa hari lalu, kesannya tidak memudaratkan kesihatan seperti yang didakwa segelintir golongan anti-vaksin.
Malah, Fizo dan ibunya yang berusia 61 tahun masih dalam keadaan baik biarpun badannya terasa lemau akibat kesan suntikan tersebut.
"Macam-macam pula dengar cerita fasal vaksin ini kan. Ada yang sampai sudah tak nak ambil sebab takut duk dengar cerita macam-macam dari doktor palsepah di media sosial ni kan.
"Boleh mati ke? Cacat ke? Alahai macam-macam la kan. Pertama sekali, vaksin ini bukan dibuat oleh mak cik Kiah atau pengasas produk timbang kilo ok. Doktor dan pakar dunia yang cipta serta disahkan oleh KKM sendiri.
"Selepas 48 jam abe Joe sendiri dan mama (61 tahun) ambil vaksin #astrazeneca ini, so far ok saja. Cuma biasalah kesan apa-apa vaksin pun, badan rasa lemau sikit.
"Doktor pun pesan kalau rasa macam nak demam boleh amik ubat panadol saja. Jadi, tak payah nak kalut pergi klinik bagai kecuali dah teruk sangat boleh pergi jumpa doktor la," kongsinya di Instagram.
Fizo disuntik vaksin Astrazeneca di Pusat Pemberian Vaksin Universiti Kebangsaan Malaysia (PPV UKM), Bangi, dua hari lalu.
Selain Fizo, pasangan pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil juga sudah selesai menerima suntikan dos pertama vaksin tersebut pada Ahad lalu di tempat yang sama.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Rindu Awak Separuh Nyawa itu turut menasihati orang ramai agar tidak bimbang dan terpengaruh dengan informasi tidak sahih mengenai vaksin.
"Alhamdulillah semuanya ok saja bila bekerja macam biasa. Jadi, abe Joe nak nasihat la kepada geng #antivaksin tak perlu la takut dan terikut sangat dengan info yang tak sahih itu.
"Kalau masih ramai yang tak nak ambil vaksin ni pun tak kesudahan juga Covid ni. Sekurang-kurangnya kita dah ikhtiar, selebihnya kita serah saja pada Allah. Doa tu doa juga, tapi apa tindakan kita kan.
"Apa-apa pun terima kasih kerana susunan yang betul dan layan yang hebat oleh #qualitasmedicalgroup #ppvukm dan semua team yang terlibat. Tak sabar untuk dos kedua lagi 12 minggu," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Unitar