Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Badan Saya Macam Ni Dari Kecil”- Sherry Alhadad Jawab Nak Kurus Sebab Jodoh?

Syafiqah Jalal 30/03/2022 | 02:46 MYT
Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad menafikan tujuannya menurunkan berat badan dan langsing adalah kerana mahu mencari jodoh.

Kata Sherry atau nama sebenarnya Sharifah Mariam Syed Abdullah, 38, soal jodoh sepatutnya bakal suaminya kelak menerima dia seadanya bukan kerana fizikalnya.

“Tiada istilah nak kurus sebaba nak cari jodoh kerana bagi saya jika seseorang itu benar mahukan saya dari awal lagi dia perlu terima saya seadanya.

“Bagaimana pun saya belum lagi ada kekasih mungkin sebab terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk itu,” katanya kepada Gempak.

Tambah Sherry yang juga pengacara Big Stage 2022 itu sehingga kini belum ada lelaki yang cuba mendekatinya mungkin atas sebab karekter dirinya.

“Terus-terang tiada yang mendekati saya. Mungkin orang ingat saya ni suka melawak sahaja dan menganggap saya tidak pernah serius,” ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai proses menurunkan berat badannya, Sherry memberitahu dia kini berjaya menurunkan berat badannya ke tahap yang maksimum iaitu 18 kilogram.

“Badan saya memang macam ni (besar) dari kecil, jadi nak fit saya perlu ke gim selain mengambil produk kurus.

“Tiada target berapa lagi hendak turunkan berat badan. Cukup lah saya konsisten kerana yang penting di usia 38 tahun ini saya mahu jaga kesihatan dan stamina untuk bekerja.

“Sekarang pun lifestyle saya dah berubah, tiada lagi lepak mamak. Milo yang saya suka dulu pun saya dah tak ambil dan segala minum manis,” ceritanya.

#pelakon #Sherry Alhadad #Kurus #Diet #Gemuk #Jodoh
;