Pelakon, Puteri Sarah Liyana memaklumkan dirinya telah dirawat di hospital akibat demam.
Menurut Puteri Sarah, dia mula merasakan dirinya kurang sihat namun memilih untuk meneruskan kerja kerana memikirkan badannya masih larat.
“21/10|23, lima hari demam, badan rasa panas/sejuk sangat tapi tak rasa. Cuma rasa penat sangat. Badan lemau tapi sebab semangat kerja kuat, tak rasa langsung sebenarnya sakit.
“Jadi malam tadi pada jam 11 malam, saya mengambil keputusan untuk ke hospital dan beritahu doktor rasa nak demam,” maklumnya.
Bagaimanapun kata Puteri Sarah, dia terkejut apabila doktor memaklumkan suhu badannya sudah mencecah 40 celcius dan perlu menerima rawatan segera kerana badannya terlalu lemah.
“Kemudian doktor buat pemeriksaan dia kata, Sarah bukan rasa nak demam dah demam pun. Suhu badan mencecah 40.
“Astaga. Masuk kecemasan, cepat-cepat drip dengan paracetamol dan vitC. Badan terlalu lemah tak boleh nak berdiri dah. Rasa nak pengsan. Tanpa sedar terus tertidur,” jelasnya.
Dalam pada itu menerusi hantaran yang sama di ruangan IG story, Puteri Sarah menasihatkan orang ramai sekiranya rasa tidak sedap badan atau kurang sihat segeralah bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
“Semua dah panik. Alhamdulillah check darah tak ada apa. Jadi kesimpulannya, jika rasa tak sedap badan, pegilah check cepat ok. Takut nanti jadi lagi teruk,” tulisnya.
Sebelum ini, Puteri Sarah berkongsi pengalaman dia pernah disahkan mengalami kandungan luar rahim atau kehamilan ektopia (ectopic pregnancy).
BACA: Pengalaman Puteri Sarah Pernah Alami ‘Ectopic Pregnancy’ - “Masa Itu Ingat Gelap La Masa Depan…”
Puteri Sarah memberitahu dia mengambil masa selama tiga tahun untuk pulih dan akhirnya dikurniakan cahaya mata pertama iaitu, Syaikhul Islam.
Mya Amri
Sun Oct 22 2023
Check Telefon Ketika Bella Astillah Sedang Tidur, Aliff Aziz Akui Terkejut Bila Baca Chat - “Saya Klik Bahagian Archive…”
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
Dari Perkahwinan Bergolak Ke Curhat, Berputik 'Cinta Lokasi' Aliff Aziz & Ruhainies? - "Jika Saya Dapat Undur Balik Masa..."
Selebriti kontroversi Aliff Aziz mengakui terjalin cinta lokasi antara dirinya dan aktres, Ruhainies semasa penggambaran sebuah drama baru-baru ini. Memberi penjelasan tentang perkara tersebut, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, memberitahu permulaan kepada berlakunya hubungan berkenaan adalah apabila dirinya sentiasa memendam per
Lama Tak ‘Contact’, Aliff Aziz Akui Jadi Takut Nak Dengar Suara Bella Astillah - “Tak Tahu Nak Mula Macam Mana”
Aliff dah lebih 40 hari tak bercakap dengan Bella & anak-anak.
Akhyar Rashid Cedera Dibahagian Kepala, Dipukul & Disamun
Allahuakhbar...
Pupuk Minat Kanak-Kanak Dalam Bidang Seni, Genius Aulad Sentiasa Jadi Pilihan Stesen Televisyen
Tidak hanya fokus kepada pendidikan, peneraju dalam pendidikan awal kanak-kanak, Genius Aulad (GA) turut memupuk minat kanak-kanak dalam bidang seni.
Drama Karya Terbaik Siti Rosmizah, Takdir Itu Milik Aku Disambung Lagi 13 Episod!
Drama bersiri popular kegemaran ramai lakonan Emma Maembong dan Shaheizy Sam itu mendapat sambutan positif dan permintaan menggalakkan selepas episod terakhir pada malam ini (2 Mei 2024). Sambungan TIMA bakal meneruskan kisah tragis Dian yang masih belum pulih ingatan, manakala Zarif dikhabarkan curang bersama Azura. Dian sangat kecewa atas perb
Ryan Gosling & Emily Blunt Boleh “Kerat Jari” Filem The Fall *Guy* MELETUP! | Eat, Movie, Repeat [Interview]
Ryan Gosling dan Emily Blunt menceritakan kenapa penonton wajib tengok The Fall Guy yang memberi spotlight kepada crew disebalik takbir dan para stuntmen!
#EatMovieRepeat
#GempakJunket
#GempakMostWanted
#TheFallGuy
#EatMovieRepeat
#GempakJunket
#GempakMostWanted
#TheFallGuy
“I’m Sorry” - Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak Mohon Maaf Pada Bella Astillah
Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz akhirnya bersuara tentang kontroversi rumah tangga yang berlaku antara dirinya dan Bella Astillah.
Genting Highlands Jadi Tuan Rumah Festival Audiovisual Sunset By Neon
Genting Highlands Premium Outlet (GHPO) akan menganjurkan festival muzik tekno minimum pertama pada 4 dan 5 Mei ini.
Bekas Suami Katy Perry, Russell Brand Tukar Agama Lepas Dituduh Perkosa Wanita
Pelakon dan pelawak Russell Brand mengumumkan telah menukar kepercayaan agamanya daripada Buddha kepada Kristian.