Badrul Muhayat Mengadu Penat, Nak Sambung Tidur Semula - “Allah Pinjamkan Saya Insan Yang Baik”
Gempak
29/10/2023 00:50 MYT
29/10/2023 00:50 MYT
Pemergian pelakon Badrul Muhayat benar-benar memberi kejutan pada ramai orang. Dan sudah tentu, pemergian itu turut meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap isterinya, Norhayati Zulkapli.
Memetik laporan yang Kosmo! Online, arwah dikatakan sempat meminta isterinya memindahkan wang kepada anaknya sekitar 7.30 pagi semalam.
“Tak sangka jadi macam ini pagi ini. Kali terakhir bercakap dengannya pada pukul 7.30 pagi, dia suruh saya transfer duit kepada anaknya dan sempat WhatsApp anaknya.
“Badannya ada tompok-tompok darah (seakan darah beku), tangan longlai, dahi sudah sejuk, cuma dada dia panas sikit. Saya jerit panggil rakan-rakan dalam homestay sebelum hubungi ambulans,” katanya.
Norhayati menambah, kematian arwah suaminya itu disahkan oleh pihak kementerian Kesihatan yang tiba di inap desa berkenaan.
Baru enam bulan mendirikan rumah tangga dan hidup bersama, Norhayati reda dengan pemergian suami yang sangat dicintai.
“Kami ke mana-mana berdua. Memang dia (arwah) dah lama hidap kencing manis. Sebelum kenal saya, badannya kurus sangat. Selepas kenal, dia mula berisi sikit.
“Saya pastikan dia tak makan manis dan ambil ubat kencing manis. Memang sedih, Allah pinjamkan saya insan yang baik, dia tak nak susahkan saya. Dia selalu doakan orang panjangkan umur dan murah rezeki.
“Walau sedih, saya reda dengan pemergian suami. Wajah arwah seakan tersenyum dan nampak berseri,” katanya.
Terdahulu, Allahyarham Badrul atau nama sebenarnya, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, meninggal dunia dalam tidur di sebuah homestay di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam pagi ini.
Sumber: Kosmo! Online
Memetik laporan yang Kosmo! Online, arwah dikatakan sempat meminta isterinya memindahkan wang kepada anaknya sekitar 7.30 pagi semalam.
“Tak sangka jadi macam ini pagi ini. Kali terakhir bercakap dengannya pada pukul 7.30 pagi, dia suruh saya transfer duit kepada anaknya dan sempat WhatsApp anaknya.
BERITA TRENDING: Badrul Muhayat Meninggal Dunia
“Abah penat, abah nak sambung tidur balik. Itu kata-kata terakhir daripadanya sebelum saya kejutkan dia buat kali kedua pada pukul 10.50 pagi tadi dan ketika itu, keadaannya sudah tidak normal.“Badannya ada tompok-tompok darah (seakan darah beku), tangan longlai, dahi sudah sejuk, cuma dada dia panas sikit. Saya jerit panggil rakan-rakan dalam homestay sebelum hubungi ambulans,” katanya.
Norhayati menambah, kematian arwah suaminya itu disahkan oleh pihak kementerian Kesihatan yang tiba di inap desa berkenaan.
Baru enam bulan mendirikan rumah tangga dan hidup bersama, Norhayati reda dengan pemergian suami yang sangat dicintai.
“Kami ke mana-mana berdua. Memang dia (arwah) dah lama hidap kencing manis. Sebelum kenal saya, badannya kurus sangat. Selepas kenal, dia mula berisi sikit.
“Saya pastikan dia tak makan manis dan ambil ubat kencing manis. Memang sedih, Allah pinjamkan saya insan yang baik, dia tak nak susahkan saya. Dia selalu doakan orang panjangkan umur dan murah rezeki.
“Walau sedih, saya reda dengan pemergian suami. Wajah arwah seakan tersenyum dan nampak berseri,” katanya.
BERITA TRENDING: Pulang Ke Rahmatullah Dalam Tidur, Sifat Santun & Wajah Tampan Allahyarham Badrul Muhayat Akan Dirindui
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Sentul, Kuala Lumpur pukul 8.30 pagi ini.Terdahulu, Allahyarham Badrul atau nama sebenarnya, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, meninggal dunia dalam tidur di sebuah homestay di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam pagi ini.
Sumber: Kosmo! Online