Francais Kampong Pisang yang mendapat sambutan ramai tampil dengan edisi Syawal iaitu Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa bermula 27 Mei lalu.
Selepas kejayaan meraih hampir RM5 juta di Astro First menerusi 18 Puasa di Kampong Pisang, penonton dihidangkan dengan gelagat mencuit hati mereka dalam persiapan Hari Raya Aidilfitri menerusi filem muzikal ini.
Menerusi laman sosial Facebook, ramai wargamaya memberikab pujian terhadap filem arahan Mamat Khalid ini.
“Cerita dia padu. Tambah pulak si Husin (Dato Awie) dalam ni, tak kering gusi aku tengok. Yah Kucai pun makin banyak dialog. Cek boleh bagi 9.5 rating,” komen seorang wargamaya.
“Jujurnya memang Hari Raya Kali ni aku sekeluarga terhibur tengok cerita ni. Aku suka karya Mamat Khalid ni sebab dia membawa aku mengingatkan kampung halaman, suasana kampung sejati. Pada yang pernah melalui zaman membesar dan beraya di kampung, anda pasti tersenyum. Abg mamat, teruskan perjuangan anda berkarya yang macam ni. Terbaik,” puji seorang wargamaya.
Filem muzikal ini masih mengekalkan barisan pelakon utama Kampong Pisang seperti Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler.
Istimewanya lagi, edisi raya kali ini mengembalikan Datuk Awie sebagai teraju utama serta watak-watak baru yang digerakkan oleh penyanyi dan pelakon Kaka Azraff, Imuda serta penampilan istimewa oleh Siti Elizad Sharifuddin dan Raja Azmi.
Filem ini mengisahkan seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya.
Saksikan filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 27 Mei 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang- ulang.
Azwa Rahman
Thu Jun 03 2021


Bukan Lepas Bersolek, Demi Lovato Kata Dirinya Paling Yakin Sewaktu Lakukan Ini
Demi Lovato nampaknya mempunyai jawapan yang agak berlainan mengenai tahap keyakinan dirinya.
![[FOTO] Nafi Buat Hidung? Ini Koleksi Perbandingan Gambar Mulan Jameela Dahulu & KIni [FOTO] Nafi Buat Hidung? Ini Koleksi Perbandingan Gambar Mulan Jameela Dahulu & KIni](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/hidung-mulan.jpg?ext=.jpg)
[FOTO] Nafi Buat Hidung? Ini Koleksi Perbandingan Gambar Mulan Jameela Dahulu & KIni
Nampak lain atau tidak?

Dituduh Hina Agama Sebab Makan Babi, Influencer Ini Terima Hukuman Setimpal…
Tertuduh yang mengakui dirinya sebagai Muslim

"Baru Nak Shoot, Hujan Turun Selebat-Lebatnya! Terpaksa Tukar..." - Hafiz Nafiah
Filem Mat Kola bakal ditayangkan mulai 21 September.

GV10 : “Tak Malu Pun, Syukur Ada Peluang Timba Ilmu lagi” - Azharina
Bagusnya Azharina, rajin belajar untuk jadi yang terbaik.

Terkenal Dengan Watak Atuk Dalam K-Drama, Byun Hee Bong Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas
Atuk famous K-Drama dah tiada...

TikToker Buat Hal, Seludup & Bangga Makan Nasi Padang Dalam Pawagam
Seorang TikToker yang sengaja membuat konten dengan makan nasi padang dalam pawagam telah menimbulkan pelbagai reaksi oleh warganet.
Dolla Buat Geng-Geng Jantan Lupa Girlfriend, POV Shila Amzah? [Hausboom Music] - Journey To The Fest
Journey To The Fest kali ni Kecik & Sifu HipHop Alip berada di Kota Sepang yang panas lit untuk Hausboom Music 2023! SERIOUS PANAS LIT untuk Day 2! Kita dapat tahu, Fans Masdo ni semua Fake terutama gadis-gadis! Banyak lagi benda gila terjadi! #JourneyToTheFest

“Selagi Tak Nampak Sosok Badan, Bentuk Paha & Betis” - Suami Jadi Penapis Pemilihan Pakaian Neelofa
Neelofa dapatkan kebenaran suami dari segi pemilihan pakaian

Akhirnya! Ameera Khan Jawab Tuduhan Pergi 'Berjudi'
Ameera Khan mengambil langkah untuk enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut.