UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Berita

"Bagi Baju Raya Dari Zaman Kita Ibu Tunggal Sampailah ..." - Ini Luahan Fasha Sandha Buat Fazura

Rozaimi Zubaidi 24/06/2019 | 04:26 MYT
Aktres Fasha Sandha mengakui terharu apabila rakan baiknya, pelakon Nur Fazura tetap menghadiahkan sepasang baju kurung buat dirinya setiap kali tibanya hari raya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fasha berkongsi satu luahan buat Fazura dan berkongsi gambar dia memakai pakaian yang dihadiahkan itu.
"Raya kan Sebulan. Terima kasih sahabatku @missfazura @fazbulouscom untuk baju kurung ni.
"Cantik! Makan banyak masa raya pun tak nampak perut. Semoga Faz dimurahkan rezeki selalu.
"Terima kasih sebab tak pernah lupa bagi baju raya dari zaman kita ibu tunggal sampailah dah jadi isteri balik.
"Faz tak pernah lupa bagi hadiah setiap tahun. Terima kasih . Terharu," tulisnya.

Raya kan Sebulan ? . . . . Terima kasih sahabatku @missfazura @fazbulouscom untuk baju kurung ni. Cantik! Makan banyak masa raya pun tak nampak perut ? Semoga Faz dimurahkan rezeki selalu. Terima kasih sebab tak pernah lupa bagi baju raya dari zaman kita ibu tunggal sampailah dah jadi isteri balik. Faz tak pernah lupa bagi hadiah setiap tahun. Terima kasih . Terharu❤️ . . ? @daniraiyansandha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Rata-rata mengakui kagum dengan hubungan persahabatan yang dijalinkan oleh mereka berdua dan mendoakan semoga hubungan tersebut kekal buat selama-lamanya.
Sebelum ini, Fasha Sandha dan suaminya, Aidil Aziz telah selamat mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019 di Perlis dan mengadakan majlis resepsi di belah keluarga pengantin lelaki di kampung halaman Aidil yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan pada 5 April lalu.
#pelakon #Fazura #Fasha Sandha #Pelakon #Fazura
;