Laman Utama

Bagi Bunga, Usap Pipi, Ustaz Ebit Lew Pun Romantik Orangnya - “I Love You Bidadariku”

gempak
Mya Amri
09/03/2021
02:41 MYT
Sponsor Banner
Bagi Bunga, Usap Pipi, Ustaz Ebit Lew Pun Romantik Orangnya - “I Love You Bidadariku”
Penceramah dan pendakwah bebas yang terkenal dengan sikap dermawan, Ustaz Ebit Lew menghadiahkan jambangan bunga sebagai tanda menghargai isterinya.
Lebih romantik lagi, sebaik sahaja Ebit memberikan bunga kepada isterinya, beliau mengusap lembut pipi bidadari kesayangannya itu.
Menerusi perkonsian video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Ebit juga turut mencoretkan nukilan istimewa buat isterinya.
“Hi bidadariku, tak terungkap dengan kata. I love you bidadariku. Terima kasih Ya Allah beri bidadari ini dalam hidupku.
“Wanita ini berkorban segalanya dalam menemani hidupku. Berilah kebaikan, kesihatan, kecantikan, kekuatan dalam menemani hidupku di dunia ini sampai Syurga Firdaus.
“Bila saya tengok seseorang hargai bidadarinya dan hargai ibunya, hati saya kata orang ini akan berjaya kerana dia ada doa yang sangat kuat.
“Doa sangat ajaib, boleh mengubah apa sahaja,” coretnya.
Dalam pada itu, gaya romantik Ebit itu juga mendapat perhatian pengikutnya.
Sekadar info, hasil perkongsian hidup mereka, Ebit dan isterinya dikurniakan empat orang cahaya mata.
Selain itu, Ebit juga cukup dikenali dengan kerja-kerja amalnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live