Konsert Sooka dan Konsert Vaganza yang dijadualkan berlangsung di Idea Live Arena bakal dipindahkan ke lokasi baharu iaitu Auditorium MBSA.
Bagaimanapun, perubahan lokasi itu tidak melibatkan sebarang perubahan tarikh dan waktu seperti yang telah ditetapkan pada pada 5 dan 6 Disember 2026.
Dalam pada itu, pemegang tiket yang telah membuat pembelian untuk lokasi asal di IdeaLive tidak perlu bimbang kerana tiket sedia ada kekal sah untuk digunakan di lokasi baharu.
Pihak Ticketmelon juga akan menghubungi semua pemegang tiket dalam masa terdekat bagi memaklumkan maklumat lanjut serta pilihan yang tersedia berhubung perubahan lokasi tersebut.
Konsert Sooka bakal menampilkan band-band hebat antaranya Kugiran Masdo, Insomniacks, Bunkface, The Lantis dan Kudrat Boys.
Manakala, Konsert Vaganza pula menyaksikan kesemua bintang Gegar Vaganza Fantasia yang masih kekal bakal berduet dengan bintang jemputan antaranya, Hussain, Mimifly, ALPHA, Jaclyn Victor dan Datuk Ziana Zain.