BERITA

"Bagilah Note Tinggi Macam Mana Sekali Pun, Bila Tarik ....." - Ini Komen Umie Aida Tentang Konsert Siti Nurhaliza

Rozaimi Zubaidi 18/03/2019 | 02:50 MYT
Pelakon Datin Seri Umie Aida kagum dengan kelunakan suara yang ada pada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi entri di Instagram (IG), Umie menjelaskan dia berasa bangga dengan kejayaan Siti dalam menjayakan Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Sabtu lalu.
"Bagilah note tinggi macam mana sekali pun, bila tarik tak sakit telinga kita dengar.
"Malah lunak merdu. Itulah kehebatan @ctdk #love #sitinurhalizaontour," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Umie dan mereka juga berbangga dengan kehebatan yang ada pada Siti Nurhaliza.
Pada konsert yang berlangsung Sabtu lalu, Siti mendendangkan lebih 29 buah lagu popularnya sepanjang durasi lebih 2 jam di hadapan 10,000 penonton di Axiata Arena.
#pelakon #Siti Nurhaliza #Umie Aida #Pelakon