Hiburan

Bagusnya Tak Membazir, Majlis Resepsi Sarah Hildebrand dan Otto Gilen Sederhana Tapi Meriah

gempak
Badrul Hashim
23/02/2020
06:32 MYT
Sponsor Banner
Bagusnya Tak Membazir, Majlis Resepsi Sarah Hildebrand dan Otto Gilen Sederhana Tapi Meriah
Ketika ramai pasangan selebriti memilih untuk mengadakan majlis resepsi secara besar-besaran, berlainan pula dengan pasangan Sarah Hildebrand dan suaminya Otto Gilen.
Selepas tiga bulan bernikah, pelakon Sarah Hildebrand dan suaminya Otto Gilen mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka pada 22 Februari 2020 (Sabtu), di rumah keluarga dalam suasana yang sederhana tapi cukup meriah.
Memilih rona hitam, kedua-duanya kelihatan gembira dengan kehadiran ahli keluarga, tetamu serta rakan selebriti.
Di Instagram miliknya, Sarah memuat naik satu IGTV yang merangkumi majlis yang diadakan semalam.
"Terima kasih kepada keluarga kami, jiran-jiran dan teman-teman yang membantu kami menjadikan hari istimewa kami ini satu kenyataan terutamanya buat ibu tercinta Arbi Hashim.
"Terima kasih kerana berkongsi momen ini bersama kami, permulaan perjalanan hidup baru kami bersama," tulis Sarah pada IGTV tersebut.
Sarah dan Otto bernikah dalam satu majlis yang juga cukup sederhana pada 3 November tahun lalu.
Baca: Sarah Hildebrand Sah Bergelar Isteri Kepada Pelukis Kacukan Fillipina-Amerika
Kami di Gempak mendoakan semoga Sarah dan Otto berbahagia ke Jannah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live