Laman Utama

“Bahagia Sangat Rasa…”- Setahun Tak Jumpa, Ebit Lew Rai Tahun Baru Cina Bersama Keluarga

gempak
Syafiqah Jalal
14/02/2021
03:50 MYT
Sponsor Banner
“Bahagia Sangat Rasa…”- Setahun Tak Jumpa, Ebit Lew Rai Tahun Baru Cina Bersama Keluarga
Meskipun sudah berbeza agama, namun pendakwah bebas Ebit Lew tetap meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga tercinta.
Menurut Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 36, kerinduannya terubat apabila dapat berjumpa keluarga yang sudah setahun tidak ketemu.
“Rindu sayang semuanya keluarga saya. Setahun sekali baru dapat bertemu. Ini dah setahun kita tak berjumpa.
“Ramai tahun ni tak dapat bertemu. Semoga tahun depan covid-19 dah tiada, kita semua dapat bertemu semuanya
“Bahagia dan kekayaan ialah dapat bersama keluarga yang kita cintai dan sayangi. Bahagia sangat rasa,” katanya.
Ebit berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Ebit memuat naik video ketika menghadiri salah sebuah rumah keluarganya yang beragam Budha.
Mereka meraikannya dengan penuh meriah sambil tidak melepaskan peluang merakamkan gambar mereka sekeluarga.
Difahamkan di dalam keluarga Ebit, hanya beliau dan bapanya sahaja yang memeluk agama Islam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live