Hiburan

"Bahagian Dada Pelik Sikit Datin" - Ini Jawapan Eina Azman

gempak
Badrul Hashim
29/07/2020
02:43 MYT
Sponsor Banner
"Bahagian Dada Pelik Sikit Datin" - Ini Jawapan Eina Azman
Sekeping gambar yang dimuat naik pelakon Datin Paduka Eina Azman di Instagram miliknya menjadi perbincangan hangat segelintir warga maya apabila bahagian dadanya didakwa kelihatan lebih besar daripada biasa.
Eina yang gemar berkongsi pelbagai resepi di Instagramnya dan terkenal dengan tagline 'it's done' itu berkongsi sekeping gambarnya bersama suami tercinta.
A post shared by ???? ????? (@eina_azman) on
"Maaf kenapa kat bahagian dada pelik sikit Datin," tanya nazura_zura82.
"Tu laaa macam tetiba tek Datin nampak besar," komen rayyanrayyani.
"Breast filler tak," balas shxln_ pula.
Soalan dan komen mereka dijawap kembali oleh Eina Azman.
"Eh eh, suka ya dapat free dosa. Dah banyak pahala sangat ke tu? Kesian hidup asyik nak fikir negative dan cakap fitnah.
"Itu camera angle dan baju dia macam tu. Bukan saya buat apa-apa. Faham?!" balas Eina Azman.
Namun begitu, ramai warga maya yang turut mempertahankan baju yang dipakai oleh Eina Azman.
"Kenapalah pelik-pelik komennya. Tak ada benda lain ke yang nak tengok. Kalau betul sekalipun benda tu dibesarkan ke apa ke biarlah. Tu hak dia.
"Aku pun pernah kena, pakai baju nampak segalanya besar. Tapi kenyataannya biasa je, dan nampak gemuk pada gambar sebab angle," komen puan_fatihah.
"Tak nampak pun yang pelik, Datin cantik je. Netizen ni semua benda dari atas sampai bawah nak kecam," balas zuliani_asylia.
Untuk rekod, Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman berkahwin dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, dan mempunyai sepasang cahaya mata kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024