gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Isu Busana Perkahwinan Didakwa Sama, Status Elfira Loy & Fiziwoo Raih Perhatian - “You Selebriti, I Orang Biasa-Biasa Je”
HIBURAN
“Kenapa Bawa Lelaki Masuk Rumah Saya?” – Aliff Syukri Mengamuk Rumah Jadi Sarang Maksiat & Dadah
HIBURAN
Netizen Sebak Tengok Video Momen Manis Fazura Bersama Fatima - “Doa Ibunya Akan Sentiasa…"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Bahagianya, Tenangnya, Sayunya" - Pertama Kali Tunai Umrah, Mawar Rashid Menangis Depan Kaabah

Amri Hassan
Amri Hassan
12/02/2020
22:52 MYT
Sponsor Banner
"Bahagianya, Tenangnya, Sayunya" - Pertama Kali Tunai Umrah, Mawar Rashid Menangis Depan Kaabah
Pelakon Mawar Rashid berkongsi perasaan sayu dan syukur apabila dapat mengerjakan ibadah umrah buat pertama kalinya.
Kata Mawar, perasaan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata hingga pelakon drama bersiri TQ Captain itu menitiskan air mata di hadapan Kaabah.
"Dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Mawar, suami, ibu dan anak berpeluang mengerjakan umrah. Alhamdulillah kerana buka pintu rezeki kami ke Kota Makkah untuk mengerjakan umrah kami.
"Dah lama sbenarnya pasang niat akhirnya tertunai.
"Perasaan yang tak dapat digambarkan bila kali pertama menjejakkan kaki di masjidil haram. Rasa.. bahagianya, tenangnya, sayunya.
"Rasa macam diri ini kecil sangat-sangat, Mawar juga yakin peluang yang diberi Allah ini untuk perbetulkan diri Mawar kembali ke fitrahNya," tulisnya yang berkongsi sepotong video sedang menangis.
Mawar turut memanjatkan doa agar diberikan kesihatan baik dan keberkatan dalam rumah tangganya bersama Raf Yaakob.
Mawar, Raf dan anaknya, Raden Muhammad Rafael telah berangkat ke Tanah Suci Makkah dua hari lalu untuk mengerjakan ibadah umrah.
Topic Berkaitan
#Umrah
#Mawar Rashid
#Raf Yaakob
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement