Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Bahang ‘Polis Evo 3’ Kian Terasa, Syafiq Yusof Berlapang Dada Terima Kritikan - “Bagi Saya, Apa Salahnya Kalau Seorang Pengarah…”

Asyikin Mayudin
23/05/2023 08:50 MYT

Hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk filem aksi komedi terhebat, Polis Evo 3 ditayangkan di seluruh pawagam di seluruh Malaysia bermula 25 Mei ini. 

 

Sebagai pengarah filem itu, Syafiq Yusof berkata dia sudah bersiap sedia untuk menerima sebarang kritikan daripada mana-mana pihak. 

 

Dia bagaimanapun beranggapan bahawa setiap pengarah juga berhak untuk mengeluarkan pendapat terhadap kritikan yang diterima.

 

"Saya sentiasa bersedia menerima kritikan... dari dulu memang terima kritikan tapi bagi saya apa salahnya kalau seorang pengarah itu ada pendapat juga.

 

"Takkan sebagai pengarah saya kena diam sahaja... saya boleh terima pendapat orang, mereka pun kena terima pendapat saya," kata Syafiq kepada Gempak.

 

Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof itu terus mengekalkan pameran utama iaitu Zizan Razak yang membawakan watak Inspektor Sani dan Shaheizy Sam yang membawa watak Inspektor Khai.

 

Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi yang lebih besar dan mencabar! #JagaJagaBoh.

 

Selain Zizan dan Sam, filem itu turut dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi, Farah Ali Khan, Nora Danish, Eyka Farhana, Fezrul Khan dan ramai lagi. 

 

Bahang Polis Evo 3 kian terasa apatah lagi lagu runut bunyi (OST) berjudul Ayuh yang dinyanyikan oleh Malique, Ernie Zakri dan penyanyi rap Aman Ra serta Kmy Kmo menjadi siulan. 

#Syafiq Yusof #Polis Evo 3 #Syafiq