Hiburan
Bahasa Inggeris Deepika Padukone Dalam Filem Hollywood Dikritik
Bahasa Inggeris pelakon popular Bollywood, Deepika Padukone dalam filem XXX: The Return of Xander Cage telah dikritik.
Rata-rata netizen mempertikaikan kegagalan Deepika bertutur dalam loghat Inggeris-Amerika.
Deepika lebih selesa mengunakan loghat Inggeris-India sepanjang berlakon dalam filem itu bersama pelakon Hollywood hebat Vin Diesel.
Antara komen-komen netizen ialah ‘kan lebih bagus Deepika dapat bertutur dalam Inggeris Amerika’ dan ‘tiga tahun pura-pura tahan dengar loghat Bahasa Tamil Deepika dalam filem Chennai Ekspress’.
Menurut Deepika dalam laporan Hindustan Times, tidak salah untuk bertutur dalam loghat Inggeris-India kerana sudah lama negara Komanwel menerima loghat British dan Australia secara terbuka.
“Sudah tiba masanya dunia menerima cara percakapan dan budaya kita, rasanya tak perlu untuk diperbesarkan isu yang remeh ini.
“Lagipun karakter saya dalam filem XXX: The Return of Xander Cage adalah sebagai ejen rahsia India, bukan ejen Amerika mahupun negara lain.
“Kita sepatutnya bangga dengan apa yang kita ada dan perlu rasional dengan apa yang orang lain lakukan,” ujarnya dengan panjang lebar.
Ini merupakan filem sulung Deepika dalam industri filem Hollywood yang bakal ditayangkan di pawagam awal tahun 2017.
Selain Deepika, antara pelakon lain yang sudah mencipta nama di Amerika Syarikat ialah Anil Kapoor, Aishwarya Rai dan Priyanka Chopra.
Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir
Sumber: Hindustan Times
Must-Watch Video