Pelakon Rita Rudaini menegur tindakan penerbit teater, Siti Rohaya Attan yang memetik namanya sebagai pelakon enggan divaksin baru-baru ini.

Kata Rita, selaku individu yang lebih matang daripadanya, status berkenaan tidak seharusnya dikongsikan kepada umum terutama di media sosial.

"Cuba hang pikiaq sendiri.. Duduk diam-diam. Pikiaq dalam-dalam.. Hang pon lagi berumuq dari cheq kan.. Tapi orang berumuq ni tak semua matang sebenaqnya… Hang yang mai cuit aku, pastu hang nak salahkan aku plak..

"Tolonglah… Bila aku ingatkan hang, hang tuduh aku sombong… Tang mana yang aku sombong?? Aku pon tak fahamlah cara pikiaq hang ni.. Hang mesti tak suka kalau orang cuit hangkan.. Jadi?? Apa salah aku dekat hang? MEMANG HANG SAKIT!" katanya menerusi Instagram Stories.

Tambah Rita, dia lebih rela dituduh 'bengap' daripada hidup tanpa mengganggu pihak lain.

"Kalau hang kata aku bengap.. Bengap-bengap aku pun, aku tak kacau hidup orang oii… Hang tu dah tua-tua banyak istifar noh.. Makin tua makin galak ber’FB’…

"Mengalahkan orang muda.. Hang nak main FB ka, TikTok ka, tapi tak payahlah mengata orang yang tak ada ganggu hidup hang pun.. Baik bengap dari ‘Sakit’.. Dah tua-tua saiko!” tambah Rita.



Terdahulu, menerusi tulisan di Facebook, Siti Rohaya menujukan status berkenaan sebagai peringatan kepada golongan pelakon yang perlu mematuhi syarat yang ditetapkan untuk kembali ke set penggambaran.

"Pelakon Rita Rudaini kata hak dia tak mahu divaksin. Eh... Nak shooting tu wajib ada sijil vaksin kan?" tulisnya sebagai contoh.