,
Filem

Baik Punya Ah Long: “Jozan ‘Kepala’ Paling Sesuai Lakonkan Filem Ini” – Datuk Afdlin Shauki

Umirah Halim
06/09/2024
08:55 MYT
Pengarah dan pelakon dalam filem Baik Punya Ah Long filem, Datuk Afdlin Shauki berkongsi pemilihan gabungan dua pelawak hebat, Jozan sebagai hero adalah tepat untuk naskhah ini.

Gandingan Jozan

“Saya rasa mereka lah ‘kepala’ yang paling sesuai untuk membawa filem ini.
“Pada awalnya dahulu saya nak berlakon dengan arwah Din Beramboi, tapi apabila Allahyarham dah meninggal kita teruskan dengan orang lain iaitu pelawak no 1 malaysia iaitu Johan dan Zizan, dan memang terbaik lah yang mereka buat,”kongsinya kepada Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN: Baik Punya Ah Long: Afdlin Shauki Mahu Throwback Komedi JoZan
ARTIKEL BERKAITAN: Dari Jadi Gangster Hingga Ke Polis, Ini 5 Watak Filem Zizan Razak Paling Ikonik!
ARTIKEL BERKAITAN: Baru Tengok Trailer Dah Pecah Perut, Netizen Rindu Gabungan JoZan - “Confirm Riuh Satu Panggung”
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Jadi Juara, 'Chemistry' JoZan Sentiasa Ditunggu, Ini Momen Terbaik Mereka...
Sementara itu, memegang watak sebagai Aloysius, Zizan Razak mengharapkan agar gandingannya bersama Johan menerusi naskhah ini dapat diterima baik oleh penonton.
“Selepas keluar treler, ramai yang komen tak sabar jadi saya dapat rasa ini antara cerita yang boleh bagi impak kepada industri hiburan.
“Saya pun gembira dapat kerjasama balik bersama Johan. Gabungan itu memang kelakar lah sebab saya pun tak tahan nak ketawa apabila di set.
“Saya harap kalau cerita ini keluar semua nanti terhibur dan repeat di wayang macam cerita saya sebelum ini, sebab ia gabungan Jozan yang dinanti-nantikan,” kongsinya.
Filem arahan pengarah Datuk Adflin Shauki itu akan ditayangkan di pawagam pada 12 September depan.
Selain Zizan, antara pelakon lain membarisi filem berkenaan ialah Johan, Liyana Jasmay, Adibah Noor, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.
Sinopsis:
Baik Punya Ah Long mengisahkan tentang dua adik beradik, Aloy dan Ale yang diminta oleh ayah mereka untuk menjalankan perniagaan. Meskipun Aloy dan Ale tidak mempunyai pengalaman, mereka tetap menyahut cabaran ayah mereka. Jadi, wujudlah perniagaan pinjaman wang oleh Aloy dan Ale. Perniagaan mereka telah mengugat Lan Panda dan menyebabkan ketidakpuasan hati. Lan Panda mulakan agendanya untuk menghapuskan Aloy dan Ale.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Ribuan Peminat Hadiri Jelajah Baik Punya Ah Long, 5 Pawagam di Terengganu & Johor Riuh Dengan Sokongan Penonton!

gempak
15/09/2024
12:55 MYT
Kehangatan sambutan yang diberikan oleh penonton menerusi filem Baik Punya Ah Long (BPAL) semakin membara!
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Baik Punya Ah-Long No 1 Dalam Carta Di Pawagam Selepas Sehari Ditayangkan!

gempak
13/09/2024
02:35 MYT
Filem Baik Punya Ah-Long kini mendominasi carta top 10 filem di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) selepas sehari ditayangkan di seluruh negara.
Hiburan

Tak Mahu Ambil Risiko, JoZan Enggan Buat Podcast - “Kami Ada Jadual Kerja Yang Berbeza, Takut..”

gempak
12/09/2024
13:55 MYT
Di saat medium podcast menjadi norma baharu dalam kerjaya sesetengah artis sejak kebelakangan ini, pelawak Johan dan Zizan Razak enggan membuang masa melakukan platform yang sama.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.