Kemas kini terbaharu pelakon Nadzmi Adhwa di akaun Instagram miliknya yang memuat naik video merakamkan gelagat isterinya, Ardell Aryana duduk di atas riba ibunya mendapat perhatian netizen.

Menerusi rakaman video tersebut, mereka di dalam kereta bersama-sama sedang menyanyikan lagu Cinta Luar Biasa yang dipopularkan oleh Andmesh Kamaleng.

Adhwa memuat naik video itu bersama ucapan bersempena ulang tahun kelahiran ibunya, Nor Madiya.

“No words can describe how much I love you. Happy Birthday to the best mother in the world! Angah sayang mak... May Allah bless you with love, wealth and happiness,” tulisnya.

Rata-rata pengikutnya gembira melihat kebahagiaan mereka dan hubungan ibunya bersama isteri dilihat sangat ‘sweet’.

Malah, ramai yang memuji cara Adhwa menyayangi serta memuliakan kedua-dua wanita dalam hidupnya itu.

"Baiknya ibu, siap ribakan menantu.“

"So sweet, kahwini dia bukan sahaja dia tapi seluruh ahli keluarganya.“

"Bagusnya Adhwa faham kenapa dua-dua kena duduk depan,” komen rata-rata pengikutnya.

Adhwa dan Ardell baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu selepas mereka menjalinkan hubungan sebagai kawan rapat beberapa tahun.

No words can describe how much i loveyou ? Happy Birthday to the best mother in the world ❤️ Angah sayang mak ? May Allah bless you with love , wealth and happiness @normadiya ?

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on