Pelakon Datin Eina Azman tidak kisah mengenakan pakaian daripada jenama biasa biarpun memegang status sebagai isteri kepada orang kenamaan.

Eina, 24, mengenakan baju kurung bercorak bunga-bunga kecil daripada fabrik kapas ketika menghadiri beberapa majlis perkahwinan minggu lalu termasuklah persandingan rakan artis Fasha Sandha dan Aidil Aziz.



Memuat naik gambarnya manis berbaju kurung di laman Instagram, netizen memuji penampilan sederhana Eina.

“Major love with that baju kurung. Simple and sweet. May I ask where is it from? Thank you Datin”, tanya seorang pengikutnya di Instagram.

Eina menjelaskan semua baju kurung cotton miliknya dibeli di pasaraya Mydin dengan harga RM50 sepasang.

Sudahlah cantik, pandai masak, melayan mesra pembantu rumah, merendah diri pula tu!

Bertuahnya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah dikurniakan isteri seperti Eina!

Nampaknya gara-gara trend yang dibawa oleh Eina ini, makin ramailah wanita bergegas ke Mydin untuk mencari baju kurung cotton sempena lebaran nanti!