Pereka fesyen Hatta Dolmat menyatakan kekesalannya terhadap segelintir individu yang memperlekehkan pemakaian baju Melayu ketika hari raya.

Jelas Hatta, baju Melayu tidak sepatutnya diubah patennya dan digayakan dengan cara yang pelik-pelik.

"Aku dah lama sakit mata tengok yang yang rosakkan baju Melayu ni. Baju Melayu ni simple je kau tak perlu ubah pattern dia, jangan buat merepek pelik-pelik pastu kau pakai acah-acah street style.

"Hari raya ni kau hormatlah budaya kau pakai elok elok.

"Kau boleh pakai casual street style at every day in your life but bila raya kita kan Melayu, kalau kau caca marbakan budaya kau, macam mana orang nak hormat budaya kau. kalau kau start rojakkan budaya kau sendiri," katanya.



Tambah Hatta, baju Melayu amat jarang dipakai melainkan acara tertentu.

Justeru, amat penting untuk terus menjaga tatasusila pemakaian baju kebangsaan itu.

"Dalam setahun tak berapa kali ja kau boleh pakai baju Melayu dengan look yang lengkap?

"Raya, Majlis Kahwin? Konvo (mungkin) dan kalau tak banyak jadikanlah ia peluang untuk tunjuk betul-betul budaya Melayu dengan cara yang betul yang boleh di hormati setiap kali kau pakai," katanya.

Saranan Hatta, pemakaian baju Melayu seharusnya kekal dengan gaya asas dilengkapi dengan sampin, berbutang dan capal.

"Dari zaman tok nenek kita baju Melayu ni dah elok terletak cutting dan design dia macam tu jangan ubah pelik-pelik please!

"Baju melayu simple je cekak musang, telok belanga, pakai sampin, tenun, butang baju melayu, capal or kasut or sandal," ujarnya.

Saban tahun ada sahaja jenama fesyen tempatan yang menghasilkan inovasi baju Melayu dalam pelbagai cara hingga memudarkan jasad pakaian tradisional itu.

Malah, kesungguhan untuk memanipulasi paten pakaian itu untuk tular dan menjadi sebutan ramai seperti menjadi trend setiap kali tibanya musim perayaan Aidilfitri.