Hiburan
“Baju Pengantin Hodoh Ke Atau Make Up Macam Hantu Kak Limah Bior, Lantak!”- Teguran Isteri Zul Huzaimy Untuk Netizen Memang Win!
Isteri pelakon Zul Huzaimy, Nur Ernawati Mohamad menegur sikap netizen yang gemar memburukkan orang lain lebih-lebih lagi ketika menghadiri majlis perkahwinan.
Ernawati atau lebih mesra dengan panggilan Erna akui pernah mengalami situasi yang sama sewaktu majlis pernikahan mereka pada tahun 2015.
“Tak, bukan anniversary kami pun. Tapi disebabkan adik saya dah nak kahwin dalam masa dua hari, saja jelah nak ‘throwback’ waktu #finalfitting #preweddingshoot dengan kekasih hati @zulhuzimy_m dulu.
“Kami dulu langsungkan majlis nikah je, kecil-kecilan, khas untuk keluarga terdekat je. Kitorang bawa badan je waktu tu sebab ramai sungguh berhati mulia dan menaja dari pelamin, baju cantik-cantik, ‘door gift’ hinggalah ke video dan jurufoto.
“Itu pun teruk kena kecam juga, katanya buat majlis besar-besaran tak sedar diri #acikbawangkata,” tulisnya menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya semalam
Tambah Erna lagi, setiap orang tidak perlu menilai hanya berdasarkan apa yang dilihat kerana setiap manusia mempunyai pandangan dan kehendak yang berbeza.
“Nak pesan sikit terutamanya #gengmeleis. Esok lusa pergi majlis kahwin orang, datang tu dengan niat baik-baik je yer, nak raikan benda baik.
“Tang makanan tak sedap ke, nasi tak masak ke, baju pengantin hodoh ke, make up macam hantu Kak Limah ke, bior lantak!
“Dorang jemput tu untuk korang sama-sama raikan hari bermakna bukan nak ‘compete’ pun baju pengantin mana paling lawa pun.
“Ni majlis dah habis, mengumpat tak habis lagi. Kesian pengantin habiskan duit bagi makan percuma tapi dapat carutan je.
“Kadang tu tak semua orang sama taste dengan kita, ada orang kisah kat makan tetamu lebih, ada kisahkan pelamin atau kek tiga tingkat diorang, dah kalau majlis kahwin semua sepesen je boring juga kan? Ye ke idok?
“By the way, rindu nak majlis-majlis kahwin dengan saying. Jom plan anniversary wedding ke-10? If you were to ask me to marry you now, I’d still say yes!” tulisnya.
Terdahulu, Zul dan Erna telah berkahwin pada Februari 2015. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Indah Armani, 2, dan Indra Arjuna yang dilahirkan pada 28 April lalu.
Selain itu, Zul juga mempunyai seorang anak lelaki, Awal Haziq hasil perkahwinan terdahulu.
Foto: Instagram @miszerna