Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bakal Adakan Konsert Faouzia Tak Sabar Nak Datang Malaysia & Jumpa Peminat - “Saya Dengar Ia Tempat Yang Cantik…”

Izwan Isa
05/06/2023 14:50 MYT
Sejak meluncurkan album berjudul Citizens tahun lalu, penyanyi Faouzia semakin mendapat perhatian ramai.

Berusia 23 tahun dan berasal dari Maghribi, lagu-lagu seperti RIP, Love dan Minefields kerap menjadi siulan penggemarnya.

Bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada Julai depan, Faouzia berkata, dia berasa cukup tidak sabar untuk membuat persembahan dan bertemu dengan para peminat.

BACA: Sambutan Luar Jangka, Muse Ubah Lokasi Pilih Stadium Nasional Bukit Jalil 29 Julai Ini

“Rasa sangat teruja untuk membuat persembahan di Kuala Lumpur. Saya tidak pernah ke sana, jadi saya tak sabar nak explore, jumpa peminat dan rasa sendiri pengalaman ketika berada di sana.

“Saya dengar, ia (Malaysia) merupakan tempat yang cantik dengan tenaga yang mengagumkan,” katanya kepada Gempak.

BACA: Baru Nyanyi 4 Lagu, Sam Smith Tamatkan Konsert

Menurut Faouzia, peminat boleh menjangkakan lagu-lagu yang pernah didengar sebelum ini, termasuk beberapa material baharu.


“Peminat boleh menjangkakan banyak muzik yang pernah didengar sebelum ini. Mereka juga boleh jangkakan lagu baharu yang saya tidak pernah luncurkan lagi. Apa yang pasti, sesuatu yang mengejutkan,” katanya lagi.

Konsert Faouzia Live In Malaysia bakal diadakan pada 13 Julai 2023 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 8.30PM.

Tiket-tiket bermula pada harga RM298 boleh didapati menerusi GoLive Asia atau GoLive Ticketing App.

#Konsert #Malaysia #Kuala Lumpur #Faouzia
;