Nampaknya untuk tahun 2023, peminat kugiran hebat dunia tidak akan berhenti ‘berpesta’ apabila banyak band-band terbaik memilih Malaysia sebagai satu-satunya destinasi bertemu penggemar di Asia.
Salah satu band terbaik dunia yang akan memenuhi kerinduan peminat dengan pemilihan Malaysia secara eksklusif dan negara Asia terdekat adalah Muse.
Dijadualkan berlangsung pada 29 Julai ini, band British tersebut sepatutnya bertemu peminat dalam ‘perhimpunan’ konsert terbuka, namun atas sambutan luar jangka ia lokasinya diubah demi memastikan setiap seorang penonton yang hadir pulang dengan segudang memori terbaik dari Muse.
Menerusi kenyataan yang diberikan pihak penganjur iaitu Hello Universe, konsert yang berjudul Muse Will Of The People World Tour akan berlangsung di lokasi ikonik iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Pemilihan Stadium Nasional Bukit Jalil dilihat sangat signifikan dan disifatkan mampu memenuhi piawaian sesebuah konsert bertaraf dunia termasuk kapasiti dengan latar persembahan yang menakjubkan.
Dan bayangkan saat hit mereka seperti Supermassive Black Hole, Starlight, Time Is Running Out dimainkan, dengan sistem bunyi serta latar konsert The Will Of The People World Tour yang terbaik, ia pasti berbaloi.
Dengan pengumuman pertukaran lokasi, pemegang tiket sedia ada akan menerima tiket yang dikemas kini melalui emel dan menggunakan tiket baru tersebut untuk masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sementara itu, tiket untuk zon A, Zon B dan Zon C kekal sama manakala untuk zon D akan diselaraskan dalam zon D dengan harga RM950 (tanpa bayaran di lokasi baharu.)
Tiket yang dikemas kini akan dihantar kepada anda oleh ticket2u dan golive-asia.com.
Tiket sudah mula dijual di www.ticket2u.com.my.
Maliah Surip
Fri Jun 02 2023


Gara-Gara Jadual Terlalu Padat, Gisele Bundchen Pernah Berniat Mahu Terjun Bangunan
Gisele akui pernah ada gangguan mental

"Pandemik Rosakkan Rancangan Saya" - Datuk Shake Balik Malaysia Bikin Konsert Di Zepp KL, Janji Nyanyi Lagu Tiga Bahasa!
Konsert Datuk Shake di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Disember 2023.

Senarai Tugasan Lagu Konsert Minggu Kedua All Stars Gegar Vaganza
Semak senarai lagu konsert kedua All Stars Gegar Vaganza!

Smart! Foto Pra Perkahwinan Noh Salleh & Fatin Athira Dapat Pujian Netizen
Memang cantik!

GV10: Ramai Komen Tentang Hos, Ini Jawapan Wakil Astro: “Kita Akan Bedah Siasat, Mungkin Ada…”
Meriah GV10 ada Nabil, Jihan dan Kak Lina.

Giliran Ustazah Asma’ Harun Tegur Aksi ‘Soft Porn’ Pasangan Selebriti - “Itu Perbuatan Maksiat Yang Berat!”
Semoga menjadi pengajaran.

Hot Seat All Stars GV, Zamani Dominasi Undian Peminat! - "Saya Gembira Masih Ada Peminat"
Zamani mendominasi undian untuk carta hot seat dengan peratusan 11.11

Noor Nabila & Engku Emran Sah Cerai Selepas 2 Tahun Kahwin - “Semua Ini Adalah Takdir Untuk Dilalui,”
Rumah tangga usahawan Noor Nabila dan Engku Emran yang dibina sejak dua tahun lalu berakhir dengan perceraian pada Isnin.

GV10: “Dia Keluar Seorang, Control Satu Pentas” - Datuk Ramli MS Jawab Jadikan Naqiu Sebagai KPI
Padu betul Naqiu perform konsert pertama All Stars Gegar Vaganza.

Dikutuk Hidung Kembang, Kulit Wajah Berlubang, Liza Hanim; "Yer, Akak Sedar... Orang Tak Cantik Tak Boleh Menang Apa-Apa Ker?"
Liza Hanim tampil memberikan respon terhadap komen seorang pengguna media sosial yang mengutuk fizikalnya.