Viral

Bakal Bernikah Tak Lama Lagi, Jofliam Kini Bahagia! Nafi Bersekedudukan Dengan Dewi - “Selalu Datang Tapi Tak Pernah Tidur Rumah”

gempak
Mya Amri
14/01/2025
02:58 MYT
Sponsor Banner
Bakal Bernikah Tak Lama Lagi, Jofliam Kini Bahagia! Nafi Bersekedudukan Dengan Dewi - “Selalu Datang Tapi Tak Pernah Tidur Rumah”
Pempengaruh dan usahawan sensasi, Jofliam mengakui dirinya kini berada dalam fasa bahagia dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Sedang bahagia & bakal berkahwin

Jofliam memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Insta Story miliknya.
Malah dalam kenyataan tersebut, dia juga turut menafikan dakwaan bekas isterinya, pempengaruh Cik Epal berkenaan isu bersekedudukan bersama wanita yang dikaitkan dengan dirinya iaitu Dewi.

“Saya memang sedang bercinta dan sedang bahagia. Ya Dewi selalu datang. Tapi tidak pernah tidur di rumah saya dan bersekedudukan. “Pembantu rumah pun ada. Datang pun bila time nak berkerja. Ya, juga saya akan bernikah dalam masa terdekat. Jadi, ada pizza percuma untuk semua,” jelasnya ringkas.

Nafi dakwaan curang

Dalam pada itu, menerusi beberapa siri hantaran di Insta Story miliknya, Jofliam juga turut menjelaskan mengenai isu curang yang dibangkitkan oleh Cik Epal.
Menurut Jofliam, walaupun selepas bercerai, hubungan Cik Epal dan Dewi baik pada ketika itu.
Bagaimanapun dakwa Jofliam, segalanya berubah selepas dia menolak untuk kembali rujuk bersama bekas isterinya itu.
“Waktu ni dah bercerai. Tapi Munirah elok je makan-makan dengan ©emiradelyati.

“Hari yang sama sebelum jumpa Munirah. Munirah suruh shopping baju @emiradelyati untuk ke Milan.Selebih nya? Fikir sendiri. Saya nak ke halal dah. “Kita dedah jelah. Kenapa time ni bukan main baik. Mengaku Jo tak curang. Tapi bila tahu saya tak nak rujuk, menggila macam sekarang eh?

“Setelah habis di Mahkamah 9/10, Munirah meminta pada saya untuk balik ke rumah secara berasingan.
“Setelah itu, itu lah kali terakhir saya bertemu Munirah sebelum Munirah melarikan diri dari rumah.
Iddah yang sepatutnya menjadi muhasabah menjadi jurang yang sangat besar, apabila Munirah isytihar perang terhadap saya dan termakan hasutan-hasutan dan pujian orang sekelilingnya.
“Saya bertemu semula di majlis suluh dan saya hanya ada peluang bertentang mata dengan Munirah hanya dua hari lepas di hospital,” jelasnya.
Terdahulu, Jofliam sekali lagi mencuri tumpuan warganet selepas videonya berkelahi dengan bekas isteri, Cik Epal tular di media sosial.
Menerusi perkongsian di Platform X, dapat dilihat Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud ‘bertekak’ dengan Jofliam ketika menziarahi anaknya yang sedang sakit di hospital.
Cik Epal juga turut didengari menyifatkan Jofliam sebagai penipu dan ‘kaki pusing’.
Sekadar info, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang bernama Han dan Yuki.
Rumah tangga mereka walau bagaimanapun bergolak selepas Jofliam didakwa curang dengan pembantu peribadi ketika pergi bercuti di Jepun bersama pasukannya, Pizza Wagyu Jofliam.
Pasangan itu bagaimanapun berpisah setelah sedekad melayari bahtera perkahwinan bersama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024