Laman Utama
“Bakal Dikecam, Dihina, Dimaki Tapi…”- Iqram Dinzly Berlakon Jadi Suami Yang…
Pelakon Iqram Dinzly bakal tampil dengan watak antagonis dalam drama adaptasi novel terbaru lakonannya Cinta Hilang Kata yang akan ditayangkan di Astro Prima.
Memegang watak sebagai Amirul, Iqram dalam drama yang akan ditayangkan mulai 19 Julai ini membawakan watak seorang suami yang mempunyai sifat buruk dan mengabaikan tanggungjawabnya kepada isteri.
Drama arahan Kyoll Hamzah turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Shah Jaszle, Liza Abdullah, Sophie Albarakbah, Neliisa Nizam dan Hariz Hamdan.
Mengaku menerima tawaran berlakon dalam Cinta Hilang Kata adalah salah satu sebabnya untuk memberi pengajaran kepada semua, ikuti temu bual Gempak bersama Iqram di bawah:
1. Ulaskan watak Iqram sebagai Amirul?
Amirul seorang lelaki yang sering tersepit diantara situasi. Anak tunggal yang dibesarkan oleh ibunya tanpa kasih sayang seorang bapa. Dan sering dihantui dilema dalam membuat sesuatu keputusan. Malah kehidupannya lebih kepada melayan nafsu serakah.
2. Mengapa terima tawaran berlakon dalam drama ini?
Supaya saya & masyarakat sedar apabila kita mengejar duniawi maka kita akan rugi. Dan pemilihan lagu oleh Produser Jalena Rejab Bahagiakan Dia dengar sekali dah tusuk kalbu hati. Selain itu gabungan pelakon yang senior, seangkatan & baru itu membuatkan saya tertarik untuk masuk gelanggang Country universal studio yg setelah sekian lama saya menyepi dari industri.
3. Senaraikan 5 ciri-ciri suami untuk watak Amirul
Penipu.
Kaki pusing.
Spoilt brat.
Tidak beriman .
Suka berfoya foya.
4. Apa inspirasi Iqram untuk membawakan watak ini?
Saya manfaatkan pengalaman sekeliling yang berkongsi dengan saya.
5. Dengarnya ia watak antagonis, adakah penonton akan membenci Iqram?
Kecam, hina, caci benci pada Amirul tapi 'in love' pada Iqram Dinzly
6. Macam mana chemistry dengan Sophie? Adakah ini pertama kali bekerjasama?
Ya pertama kali jumpa dan bekerjasama. Alhamdulillah, bersesuaian dengan watak yang kami berdua diamanahkan. Dia ada personanya tersendiri.
7. Cabaran berlakon dalam drama ini?
Apabila menjadi anak kepada Jah Gayah lakonan Lizza Abdullah.
8. Ada terlibat dalam scene sihir? Boleh kongsi pengalaman?
Alhamdulillah, Allah menjauhkan saya untuk ada babak sebegitu. Risau tersyirik tanpa sengaja.
Cinta Hilang Kata mengisahkan mengenai Nurul Masmin lakonan Sopihe yang terpaksa berkahwin dengan Amirul demi mengikut kemahuan ibunya. Amirul memberikan layanan yang buruk kepada isterinya
Ibu Amirul iaitu Jah Gayah sangt membenci Nurul. Pelbagai konflik berlaku sehingga ia melibatkan amalan sihir.
Apa kesudahan hidup Nurul? Saksikan Cinta Hilang Kata bakal ditayangkan mulai 19 Julai pada jam 6 petang di saluran Astro Prima.