,
Hiburan

Bakal Dipenjara Kerana Langgar Perintah: "Hebat Permainan Lebai Gavin" - Serina

Kamaruddin Razal
24/04/2018
22:11 MYT
Pelakon Serina Redzuawan bakal berdepan dengan hukuman penjara berikutan bekas suaminya, Gavin Edward O’Luanaigh memfailkan notis tunjuk sebab berhubung pelanggaran perintah persetujuan bersama.
Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghaffar, 41, memfailkan permohonan ex parte (sebelah pihak) pada 17 April lalu.
Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin dalam prosiding itu di Mahkamah Tinggi Syariah berhujah, banyak pelanggaran didakwa dilakukan Serina.
“Serina telah melanggar perintah persetujuan apabila membenarkan anak mereka, Tristan Tareef O’luanaigh, 7 tahun dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 6 tahun bermalam sebilik dengan Chef Wan di kediaman bekas bapa mertuanya itu pada 3 Disember lalu.
“Dalam perenggan yang dipersetujui itu juga menyatakan anak-anak tersebut harus tidur bilik berasingan daripada Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail,” katanya.
Menurutnya, Serina juga didakwa telah melanggar perenggan lapan perintah persetujuan bersama yang menghalang daripada memburukkan pemohon, Gavin dan anak-anak.
Dalam perkembangan lain, menerusi entri terbaru di laman Instagram Serina, pelakon itu memberikan komen mengenai apa yang terjadi keatasnya.

Wahh..Hebat nya permainan Lebai Gavin, buat tuduhan i langgar perintah hanya kerana benarkan anak anak tidur sebilik dengan Papa i? Di mana lojiknya seorang Atuk tak boleh tidur sebilik ngan cucu cucu dan mereka ni masih kecik. Lainlah kalau Isabella tu dan Anak Dara sunti umur dah belasan tahun. Lebih pelik perjanjian tu ikat My father bersama sedangkan Papa tak bersetuju apa apa.How about Gavin yg dengan sendiri melanggar perintah mahkamah tidak berkelakuan & Hidup dengan Cara bukan Islam. 1- Bersekedudukan dan bermesra dengan wanita bukan Isteri di depan anak anak. Sehingga di tangkap khalwat!Dah malu dan takut terus kawin. Padahal dlm perintah mahkamah jelas dia kena jaga perilaku dan ikut cara Islam depan anak anak. Apa yg U all baca ni hanya lah write up yg Gavin spin nak kan perhatian dan publisiti murahan,pandai pulak cari media! Perbicaraan kami belum mula pun lagi sebenarnya.Ini bukan keputusan Mahkamah ya.Takpelah Gavin kalau nak berpura pura & mempermainkan Agama Islam Allah swt maha berkuasa u akan di beri balasan setimpal Oleh Allah swt di dunia mahupun di Akhirat. KIFARAH PASTI ADA. Kebenaran pasti akan terungkai tidak lama lagi. Allahuakhbar!

A post shared by Serina Datuk Redzuawan (@serinaredzuawan) on

"Wahh.. Hebatnya permainan Lebai Gavin, buat tuduhan I langgar perintah hanya kerana benarkan anak-anak tidur sebilik dengan Papa I?
"Dimana logiknya seorang Atuk tak boleh tidur sebilik dengan cucu-cucu dan mereka ni masih kecil. Lainlah kalau Isabella tu dah anak dara sunti umur dah belasan tahun.
"Lebih pelik perjanjian tu ikat my father bersama sedangkan Papa tak bersetuju apa-apa. How about Gavin yang dengan sendiri melanggar perintah mahkamah tidak berkelakuan dan hidup dengan cara bukan Islam.
"1 - Bersekedudukan dan bermesra dengan wanita bukan isteri di depan anak-anak. Sehingga ditangkap khalwat! Dah malu dan takut terus kahwin.
BACA: “Dia Ditangkap Khalwat Ketika Anak-Anak Di Rumah” – Serina Harap Dapat Hak Jagaan Anak
"Padahal dalam perintah mahkamah jelas dia kena jaga perilaku dan ikut cara Islam depan anak-anak. Apa yang you all baca ni hanyalah write up yang Gavin spin nak kan perhatian dan publisiti murahan, pandai pulak cari media!
"Perbicaraan kami belum mula pun lagi sebenarnya. Ini bukan keputusan Mahkamah ya. Takpelah Gavin kalau nak berpura-pura dan mempermainkan agama Islam Allah swt maha berkuasa you akan diberi balasan setimpal oleh Allah swt di dunia mahupun di akhirat.
"Kifarah pasti ada. Kebenaran pasti akan terungkai tidak lama lagi. Allahuakhbar!" tulis Serina panjang lebar.
Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Serina bersabar serta berharap agar masalah yang terjadi antara Serina dan suami segera selesai.
Serina, 35, dan Gavin, 41, mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua orang anak, Tristan dan Isabella.
Selepas dua tahun tinggal berasingan, mereka akhirnya sah bercerai talak satu pada 1 Ogos tahun lalu.
Sumber: Astro Awani & Sinar Harian Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram Serina & Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Unitar