Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Bakal Isteri Perlu Berlapang Dada Menerima Ibu Saya..." - PU Riz Akui Dirinya 'Anak Emak'

Zulaikha Yusof 24/07/2019 | 04:13 MYT
Pendakwah muda popular, PU Riz akui tidak kisah apabila dilabel sebagai 'anak emak'.
Menurut Riz, sepanjang dia menuruti kesemua kehendak ibunya, hampir semua perkara yang dlakukan berjalan lancar
"Banyak benda yang saya ikut kehendak ibu saya, ia menjadi. Bukan diberi rezeki yang sedikit tetapi melimpah ruah.
"Dalam hal sambung belajar ini pun, saya mahu penuhi permintaan ibu.
"Saya masuk dunia seni pun atas restunya. Jadi apa salahnya saya penuhi hasratnya yang mahu saya berjaya dalam akademik.
"Ikutkan, apabila sudah ada duit di tangan hasil menjadi penceramah dan bergelar anak seni, saya memang rasa berat hati nak sambung belajar lagi.
"Tapi saya kena realistik kerana hal menuntut ilmu ini takkan pernah rugi.
"Saya tidak kisah orang nak gelarkan saya 'anak emak' kerana ibu tetap nombor satu. Ini dari hati saya," katanya kepada Gempak.
Riz ditemui ketika pertemuan santai bersama media di sebuah restoran miliknya, Food Station yang berhadapan pusat membeli belah Nu Sentral semalam.
Tambah Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, bakal isterinya perlu berlapang dada menerima kehadiran ibunya.
"Bakal isteri saya nanti kena berlapang dada menerima ibu saya.
"Saya tetap konsisten ibu nombor satu kerana hidup seorang anak lelaki memang kena utamakan ibu. Tetapi hidup seorang perempuan, suami nombor satu.
"Jadi akan saya akan berusaha untuk mewujudkan keharmonian keluarga, sayangi ibu dalam masa yang sama juga isteri," katanya lagi.
#pelakon #Pelakon #PU Riz
;