Big Stage 2019 bakal melabuhkan tirai dan akan menobatkan seorang juara pada 6 Oktober ini.

Hanya lima finalis yang bakal berentap dan merebut gelaran juara kedua program tersebut.

Jika musim pertama Big Stage telah menampilkan Sarah Suhairi sebagai juara, musim kali ini pula siapakah di antara Neeta, Han Byul, Adzirn, Irfan Haris dan Dinda Permata yang bakal mengikut jejak penyanyi tersebut?

Persoalan itu bakal terjawab di Konsert Akhir Big Stage pada Ahad ini.

Apa yang pasti, hanya peserta yang memberikan persembahan terbaik serta berjaya memikat hati juri bakal dinobatkan sebagai juara.

Pada konsert akhir nanti, mereka bakal mempertaruhkan dua nyanyian iaitu Cover Final serta Single terbaharu masing-masing.

Juara bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula masing-miasng akan memenangi RM50,000 dan RM25,00 beserta trofi.

Sementara pemenangan tempat keempat dan kelima juga tidak pulang dengan tanangan kosong apabila masing-masing bakal membawa pulang RM10,000 dan RM5,000.
Berikut merupakan senarai lagu tersebut.

Cover Final
  1. Han Byul – Lose Yourself (Eminem)
  2. Irfan Haris – Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (Flybaits)
  3. Neeta – I Wanna Dance With Somebody (Whitney Houston)
  4. Adzrin – All Of Me (John Legend)
  5. Dinda Permata – Simalakama (Yopie Latul)
Single Baharu
  1. Han Byul – Luka Dan Bahagia (Komposer: Haqiem Rusly)
  2. Neeta Manisha – Ruang Mimpi ( Komposer: Becky Zulkepli)
  3. Adzrin – Picisan (Komposer: Farouk Roman & Amylea Azizan)
  4. Irfan Haris – Honey (Komposer: Haiqal Iskandar & Irfan Haris)
  5. Dinda Permata – Ku Tak Bisa (Komposer: Ato Angkasa)
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh VIVO dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Siapa bakal bergerlar juara? Saksikan Big Stage 2019 yang ditayangkan pada Ahad ini, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!