Penyanyi Wany Hasrita bakal tampil dengan imej yang lebih 'daring' dalam muzik video terbarunya yang berjudul Canggung.

Menurut Wany, keputusannya itu dibuat sebagai usaha untuk keluar dari zon selesa yang selama ini menjadi DNA dalam kebanyakkan muzik videonya.

"Saya tengah dalam proses untuk siapkan muzik video lagu terbaru berjudul Canggung.

"Cuma untuk video muzik ini mungkin ada yang tidak akan suka kerana ia sedikit daring.

"Daring itu tidaklah bermakna seksi, cuma ia lebih kepada naskah yang eksotik dan dark," katanya.

Ditanya sama ada dia bersedia dengan kecaman netizen susulan keputusannya itu, Wany akui dia sudah melakukan persediaan dari segi fizikal dan mental.

"Saya tahu akan ada orang tak setuju dan tak suka apa yang saya buat. Tapi saya mahu 'all out' tahun ini.

"Lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong ini juga tidak terlalu lari jauh dengan genre muzik yang saya hasilkan sekarang.

"Vibes muziknya lebih kepada Belenggu Rindu," katanya.

Wany berkata demikian ketika sidang media Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang berlangsung semalam.

BACA: AME2020: Nabil Ahmad & Jihan Muse Kekal Hos, 3 Kategori Baru Diperkenalkan!