Hari indah bagi penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein bakal tiba. Menerusi perkongsian di Instagram, pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu memberitahu yang dirinya bakal menimang cahaya mata lelaki dalam masa terdekat.

Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina berkata, dia sudah mula cuti bersalin dan mengakui tidak sabar untuk menanti hari menyambut kelahiran buah hati keduanya tidak lama lagi.

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)


“Terima kasih MeleTOP sudi jemput Kak Lina malam tadi (kelmarin). Ada rezeki insya-Allah kita jumpa tahun depan.

“Dengan ini, Kak Pom dan cuti rehat tunggu baby boy mama lahir di dunia. insya-Allah… Tak sabar nak jumpa permata hati kedua mama,” ujarnya.

Dalam masa sama, Elly juga memohon agar para peminat mendoakan kesejahteraannya selain proses kelahiran anaknya berjalan lancar.

BACA: “Berkorban Tidur Bawah, Nak Mama Dan Manja Selesa” - Elly Mazlein Terharu Lihat Sikap Anak Dan Suami

“Doakan Kak Lina semoga semuanya selamat ya. Terima kasih,” ujar Kak Lina.

Elly atau nama penuhnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, mendirikan mendirikan rumah tangga keduanya dengan seorang guru, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020.

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)


Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkahwinan bersama Azmi, Elly dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 5.