Laman Utama

“Berkorban Tidur Bawah, Nak Mama Dan Manja Selesa” - Elly Mazlein Terharu Lihat Sikap Anak Dan Suami

Mya Amri
09/09/2021
10:40 MYT
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein syukur dikurniakan seroang suami dan anak yang baik.
Elly yang kini menunggu hari untuk bersalin meluahkan rasa terharu melihat sikap suami dan anak yang begitu mengambil berat tentang dirinya.
“Okay mata macam ada keluar air sikit sebabnya ada dua benda. Yang pertama, manja siapkan tempat tidur papa.
“Beria dia kemas ikut cara dia lah… Memang nampak manja ni jenis sangat mengambil berat, sayang sangat dekat papa dia… Alhamdulillah.
“Yang kedua, Somi berkorban tidur dekat bawah sebab nak bagi mama dan manja selesa tidur. Makin perut membesar ni, mama suka tempat yang luas.
“Terima kasih suami di atas pengorbanan mu… Mama sayang papa… Syukur mama punya suami yang baik macam papa. Macam-macam papa buat untuk abah, mama dan manja. Terima kasih sayang,” coretnya.
Dalam perkembangan lain, Elly kini hamil sekitar enam ke tujuh bulan.
Terdahulu, Elly dan Azlan yang merupakan seorang guru mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2020.
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Berita

Penoreh Getah Mengaku Tak Bersalah Rog*l Anak Kandung

gempak
24/07/2024
06:49 MYT
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Hiburan

Peminat Dakwa Nampak Baby Bump, Syasya Rizal Hamil?

gempak
23/07/2024
02:55 MYT
Tampil dengan pakaian serba sopan dan cerah, ternyata bekas anggota kumpulan Dolla itu nampak manis dan berseri.
Hiburan

Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

gempak
22/07/2024
08:55 MYT
Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Zainuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.
Berita

Stroller Bayi Kembar Terjatuh Di Landasan Keretapi, Dua Maut! - "Tindakan Ayahnya Sangat Berani Walau Akhirnya ..."

gempak
22/07/2024
05:45 MYT
Seorang kanak-kanak dan bapanya terbunuh dirempuh keretapi apabila kereta sorong bayi yang dinaiki mangsa berusia dua tahun itu terjatuh di landasan stesen Carlton di selatan Sydney, pada Ahad.