Bakal Shooting Drama Khunsa, Shahrulezad Bingung Pelakon Remaja & Kanak-Kanak Belum Divaksin - "Adakah Parents Tak Kisah Lepaskan Anak-Anak?
Amri Hassan
10/09/2021 14:16 MYT
10/09/2021 14:16 MYT
Menyambut baik keputusan kerajaan untuk membenarkan industri kreatif kembali bernyawa, pengarah dan penerbit Shahrulezad Mohameddin bagaimanapun bingung dengan nasib drama produksi terbaharunya, Khunsa.
Hal itu disebabkan separuh daripada pelakon yang membintangi drama 30 episod itu terdiri daripada kalangan remaja dan kanak-kanak yang hakikatnya masih belum divaksin.
"Tengah excited plan bila nak roll drama ni tup tup baru saya tersedar yang half of cast yang terlibat adakah kanak-kanak dan remaja.
"Dengan set bilik darjah, dewan makan, surau sekolah, dormetri dan padang bola. Semuanya melibatkan jumlah remaja yang ramai. Tu belum termasuk scene upacara berkhatan secara beramai ramai di kampung pada era 70an.
"Isunya sekarang baru saya perasan yang kanak-kanak dan remaja di Malaysia hampir kesemuanya belum lagi divaksin!
"Jadi, kalau mereka belum divaksin macam mana saya nak shooting scene yang melibatkan mereka semua sedangkan itu adalah syarat utama Finas dan syarat company saya sendiri?" luahnya.
Shahrulezad enggan merisikokan keselamatan pelakon remaja dan kanak-kanak yang semestinya akan berkumpul di set penggambaran dalam tempoh masa yang panjang.
"Kami cuma akan berurusan dengan semua cast dan crew yang dah divaksin sahaja demi keselamatan kanak-kanak dan remaja ini, sudah tentu tak akan ‘selamat’ kalau dibiarkan berkumpul di set.
"Sudah tentu saya tak tenteram memikirkan keselamatan mereka yang ramai ni. Kalau jadi apa-apa pada mereka macam mana?
"Hmmm…nampak gayanya drama Khunsa ni tak akan menjalani penggambarannya selagi kanak kanak dan remaja ini tidak divaksin! Dan nak tunggu semuanya divaksin pun saya tak tahu nak cakap bila. Segalanya bergantung pada keputusan kerajaan," tambahnya.
Justeru, Shahrulezad meminta nasihat berhubung dengan pelaksanaan SOP dalam kalangan penggiat seni tempatan yang akan menggunakan khidmat artis cilik dalam produksi masing-masing.
"Macam mana produksi lain menangani isu ini? Ker selepas ni drama-drama kita tiba-tiba akan hilang sekejap pelakon kanak-kanak dari skrin TV?
"Finas ada kelonggaran syarat bagi pelakon kanak-kanak? Kalau longgar pun saya tetap tak selesa nak kumpul ramai talent dalam tempoh lama.
"Atau adakah parents tak kisah melepaskan anak-anak mereka di set saya? Aku pula yang cuak," ujarnya.
Selepas kejayaan beberapa drama tempatan, Shahrulezad dalam perancangan untuk memulakan penggambaran drama Khunsa selepas melalui sesi ujibakat secara atas talian tidak lama lagi.
Drama terbabit akan mengisahkan kehidupan seorang khunsa yang dilahirkan pada era 1970-an dan menjadi drama bersiri pertama paling panjang yang pernah diarahkannya.