Sebuah filem animasi terbitan Animonsta Studio (MONSTA) dan Astro Shaw, Mechamato The Movie bakal menemui penonton di seluruh pawagam Malaysia bermula 8 Disember depan.

Berita gembira itu dikongsi menerusi hantaran terbaharu di Instagram rasmi Astro Shaw pada Jumaat.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Ulang Tahun MONSTA

Dalam pada itu, pada 15 September lalu, MONSTA telah menyambut ulang tahun mereka yang ke-13 dan bersempena dengan itu, syarikat tersebut bakal menganjurkan sebuah program larian Hydro Run dengan kerjasama GSC Cinema dan Air Selangor selaku pengajur utamanya.

Program tersebut bakal berlangsung pada 26 November depan bertempat di IOI City Mall, Putrajaya (Symphony East) seawal pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Bagi yang berminat, tiket program Hydro Run sudah mula dijual di laman web Keepsake by GSC : https://shop.gsc.com.my/products/hydrorun .

Harga Tiket Hydro Run

Berikut merupakan harga tiket bagi program Hydro Run:

Goodies Menarik

Peserta program Hydro Run turut diberikan kit larian yang disediakan pihak penganjur seperti:

Untuk maklumat lanjut, turut mengikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.