Pelakon Nadzmi Adhwa, 29, tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila menerima kejutan sebuah kereta mewah daripada isterinya, aktres Ardell Aryana

Menurut Nadzmi atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi berkata dia menerima kereta jenis Mercedes Benz C-300 ini pada ulang tahun kelahiran Ardell yang ke-31.

"Selamat hari bahagia Ardell Aryana. Tapi harini aku yang paling bahagia sebab dapat isteri baru.

"Hari lahir kau tapi aku yang dapat hadiah. Kalau tiap-tiap hari, birthday kau seronok juga kan. Haha hari-hari aku dapat hadiah," tulisnya.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG), Nadzmi memuat naik sebuah rakaman video memaparkan reaksinya ketika melihat kereta pacuan empat roda yang berwarna putih itu.



Tambah pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan, Ardell tidak pernah mengecewakan dalam bab kejutan sejak mereka berkawan lagi.

"Dari kawan dulu sampai sekarang kau tak pernah gagal buat kejutan untuk aku sampai terkentut kentut aku tadi," tulisnya lagi.

Menerusi carian di laman web Mercedes-Benz, kereta tersebut dijual dengan harga bermula RM291,800.

Sebelum ini, Adhwa membelikan Ardell sebuah kereta serba guna, Toyota Alphard sebagai tanda rasa penghargaan di atas pengorbanan isteri.

Hadiah itu diberi 10 hari lebih awal daripada tarikh ulang tahun kelahiran Ardell kerana enggan isterinya menghidu kejutan yang ingin dilakukan.

BACA: "Awak Tak Penah Mintak Apa-Apa Selama Ni ..." - Nadzmi Adhwa Hadiahkan Toyota Alphard Kepada Ardell

Nadzmi dan Ardell berkahwin dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan pada 1 September 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung, Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun 2020.