"Balas Jasa Suami Belikan Kereta Hari Tu" - Wawa Zainal Hadiahkan Toyota Vellfire Untuk Aeril Zafrel

Zulaikha Yusof
Oktober 10, 2018 01:15 MYT
Pelakon Wawa Zainal membuat kejutan istimewa buat suaminya, Aeril Zafrel dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah, Toyota Vellfire berwarna hitam.
Wawa berkongsi momen kejutan itu menerusi sekeping gambar mereka berdua di sisi kereta tersebut yang telah dimuat naik di laman Instagram miliknya.
"Balas jasa suami beli kan I kereta haritu. Alhamdulillah ya Allah syukur atas kurniaan rezeki.
"Walaupun Aeril sedih sikit sebab sebenarnya dia nak kereta sport. Next year ye sayang.
"Tahun ini tahun yang sangat bermakna buat kami. Sikit-sikit impian Allah makbulkan.
"Benarlah kata orang rezeki itu tidak pernah lambat tak pernah cepat & tak pernah salah alamat. Thank you Allah," tulis Wawa.
Rata-rata pengikut Wawa di Instagram (IG) turut meluahkan kegembiraan mereka melihat kebahagiaan pasangan ini.
Terdahulu, Aeril pernah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta Mercedes Benz C200 kepada Wawa bersempena ulang tahun kelahirannya.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
#pelakon #Aeril Zafrel #Wawa Zainal #Pelakon